Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.ji] | سبيجي

Definisi : bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebiji

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa.Pantun Melayu SarawakBerkait
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selasih masak sebiji, Dimakan beruk betina; Kekasih merajuk hati, Badanku rosak binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah nangka masak sebiji, Dimakan tupai habislah gugur; Sudah lama awak menanti, Pesan tak sampai habislah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Limau purut masak sebiji, Hari pagi jatuh ke tanah; Kalau kuturut kehendak hati, Hari ini kita menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini.Pantun Melayu SarawakNasib
Buah nangka dimakan musang, Jatuh sebiji menimpa dahan; Sudah lama badan terbuang, Menunggu janji binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas