Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.ji] | سبيجي

Definisi : bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebiji

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.

pull shovelsodok tarikKejuruteraanTiadaPengorek yang dipasang dengan lengan berengsel tempat sebiji baldi dipasang secara tegar, yang ditarik ke arah mesin penggorek itu semasa operasinya. Sinonim: pengorek kaut.
consomme with egg yolkkonsome kuning telurPentadbiran PerniagaanTiadaKonsome yang mengandungi kuning telur, sebiji secatuan.
metrische bewerking (Bld.)olahan terikatKesusasteraanTiadaPuisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya.
soccer ball structurestruktur bola sepakFizikNanoteknologiStruktur molekul fulerena C-60 yang atom karbonnya tersusun membentuk sfera kosong seperti sebiji bola sepak. Contoh molekul fulerena berstruktur bola sepak ialah bukminsterfulerena C-60 dan bola bucky.
bronchial cuffkaf bronkusPerubatanTiadaBahagian yang boleh digelembungkan dan terletak di hujung tiub endobronkial. Bahagian ini terdiri daripada membran berbentuk sebiji belon kecil yang boleh diisi dengan udara atau cecair. Selepas tiub endobronkial dimasukkan ke dalam bronkus, udara atau cecair sebanyak 2 ml hingga 5 ml dipam ke dalam belon. Belon akan mengembang dan menutup bahagian sisi endobronkial untuk menghalang udara keluar menerusi sisi tiub tersebut.
balloon tamponadetamponad belonPerubatanTiadaAlat khas yang berfungsi untuk menaikkan tekanan darah arteri. Alat ini terdiri daripada seutas dawai dengan sebiji belon di bahagian hujungnya dan dimasukkan ke dalam arteri aorta. Tamponad belon biasanya digunakan oleh pakar kardiologi, pakar bius kardiotorasik dan pakar bedah kardiotorasik untuk merawat pesakit yang mengalami hipotensi atau renjatan akibat kegagalan fungsi ventrikel kiri.
polyembryonypoliembrioniBiologiEkologiKeadaan apabila dua individu atau lebih terhasil daripada satu sel oleh pembahagian embrio, pada satu peringkat yang sangat awal. Keadaan ini ketara pada serangga himenoptera parasit yang sesetengahnya menghasilkan beratus-ratus embrio daripada sebiji telur.
literal imagecitra harfiahKesusasteraanPuisiPenggambaran atau pelukisan sesuatu sama ada objek ataupun tokoh secara langsung tanpa menggunakan lambang. Justeru segala diksi, frasa dan kalimat yang dibentuk oleh pengarang adalah merujuk kepada kenyataannya, bukan makna di sebaliknya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
engkerumongengkerumongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul de­ngan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri dari­pada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak.

123

Kembali ke atas