Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.la.ngan] | سبيلڠن

Definisi : sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bi.la.ngan] | سبيلڠن

Definisi : jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebilangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. MUNSYI< salam, saya pernah menanya pihak munsyi tentang sebilangan daripada, jawaban munsyi mengatakan sebilangan pelajar betul dan sebilangan daripada pelajar salah. Bagaimana pula dengan ayat ini ...Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.(betul atau salah?) TK atas nasihat munsyi.Frasa "sebilangan pelajar" dan "sebilangan ahli lembaga pengarah" adalah gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk fungsi kata sendi nama daripada dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 269.Tatabahasa16.04.2012
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Tatabahasa08.04.2012
1. Sebilangan orang penduduk... 2. Sebilangan penduduk... Mana satu betul? Apakah sebabnya?

Frasa yang betul ialah ‘sebilangan penduduk’ kerana kata ‘penduduk’ ialah orang yang menduduki sesuatu daerah, tempat, negeri dan lain-lain.  

Tatabahasa16.01.2015
Sebilangan murid tidak faham tentang penggunaan imbuhan yang betul di dalam ayat menjadikan struktur ayat salah. Contoh: raya - beraya, dirayakan, merayakan, perayaan. Semua perkataan membawa maksud berlainan. Bagaimana hendak memberi penerangan yang jelas agar murid faham dan dapat membina ayat dengan betul.

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahannahu maknanya. Tercakup dalam imbuhan ialh bentuk-bentuk berikut; awalan, akhiran, sisipan dan  apitan. Pengimbuhan akan melahirkan kata terbitan. Setiap proses pengimbuhan akan menerbitkan sama ada kata nama, kata kerja atau kata adjektif yang memberi makna yang berbeza .

Murid-murid perlu diberikan maklumat mengenai setiap fungsi imbuhan dan murid-murid perlu lebih banyak membaca  serta kerap membuat latihan membina ayat. Cikgu boleh merujuk Kamus Dewan untuk carian makna dan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan tatabahasa.

Tatabahasa21.04.2013
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain),  Setengah bermaksud separuh  atau seperdua.Tatabahasa09.04.2012
Mengapa ada sebilangan pengguna bahasa yang berdegil mengeja Iduladha dan Idulfitri sedangkan dalam Kamus Dewan jelas penggunaan dan pengejaan telah dimelayukan menjadi Aidiladha dan Aidilfitri?

Ejaan yang betul ialah Aidilfitri dan Aidiladha. Pengguna bahasa Melayu sewajarnya merujuk Kamus Dewan untuk  mengeja kata yang betul.

 

Ejaan30.11.2009
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. Munsyi, saya nak kenal pasti dengan MUNSYI lagu sama asa ayat itu gramatis ? THXHanya sebilangan ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.Tatabahasa17.04.2012
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih.

Jawapan

 

1.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1.    alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

 

2.    Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak.

 

3.    Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:

 

4.    Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”.

 

5.    Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian.  Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja.  Contoh ayat:  Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus

 

Lain-lain30.10.2014
Sebagai seorang guru bahasa, saya dapati sebilangan besar pelajar kini kurang menguasai peribahasa dan gagal memanfaatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan. Saya berharap agar pihak tuan dapat menunjukkan beberapa contoh terbaik tentang cara memanfaatkan peribahasa dalam penulisan.Encik Mohamad Tawpik, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. saya akui sejak akhir-akhir ini penggunaan peribahasa baik dalam penulisan atau penggunaan seharian dalam kalangan pelajar memang merisaukan kita, kerana seolah-olah mereka tidak terdedah dengan apa sebenarnya peribahasa dan bila dan masa yang sesuai digunakan. Untuk memberikan contoh rasanya saya tidak dapat berikan. Yang boleh saya cadangkan,kerana kami terpaksa menjawab soalan ini dalam tempoh 24 jam, cuba dapatkan buku tentang peribahasa dan ambil satu dua daripadanya untuk dijadikan tajuk perbincagan dan seterusnya dijadikan sebagai tajuk penulisan. Terima kasih.Tatabahasa21.02.2009
Apakah perbezaan antara "sesetengah" dan "sebahagian"?Sesetengah sama maksudnya dengan sebahagian, iaitu sebilangan datipada beberapa orang.Makna06.01.2014
1234567

Kembali ke atas