Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.la.ngan] | سبيلڠن

Definisi : sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bi.la.ngan] | سبيلڠن

Definisi : jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebilangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINJAUAN PENDAPAT UMUM

Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian

untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau

pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi

yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu

tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada

mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih

dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya

mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan

dengan tepat.

UMUM 
NUMMULITE

Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar

haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali

melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti

cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap

cangkerang melingkar dan terbahagi kepada

banyak kubuk kecil.

UMUM 
MURAI

Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan

burung yang berbeza dalam famili gagak, yang

berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan

Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih

di bahagian bawah dan di hujung sayapnya.

Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam

di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa

berkilat.

UMUM 
KEDIDI

Kedidi ialah nama yang diberi kepada sebilangan

besar burung. Tetapi nama ini biasanya merujuk

kepada jenis tertentu burung kecil yang paruhnya

panjang dan peka. Burung ini hidup di pantai di

semua bahagian di dunia, dan banyak spesiesnya

membuat sarang di utara Lingkaran Artik.

UMUM 
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM 
SUIT

Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit

terdiri daripada sebilangan gubahan pendek,

biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut

umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang

mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit

berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya

merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian

Bach menggubah beberapa suit penting untuk

hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an.

UMUM 
MOGOK

Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh

sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan

pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja

menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar.

Mereka berharap mogok atau ancaman

untuk mogok akan memujuk syarikat agar

bersetuju dengan tuntutan mereka untuk

mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja

yang lebih baik, atau faedah-faedah lain.

UMUM 
WAKTU SOLAT

Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat.

FIZIKKonsep
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
123

Kembali ke atas