Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita utk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ drpd bangsanya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seboleh-bolehnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.
2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina.
3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan.
Tatabahasa23.07.2012
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul?1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan.

2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri.
Tatabahasa25.04.2013
Persoalannya adakah nama institusi pelajaran yang akan ditubuhkan seperti 'Pusat Perkembangan I CAN READ' diterima pakai? Adakah DBP mempunyai garis panduan tentang pemakaian nama untuk institusi pendidikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan dalam penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan perkataan tempatan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama man-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, cth. Pusat Perkembangan Upaya Baca sebagai cadangan terjemahan bagi Pusat Perkembangan I Can Read.   

Lain-lain27.03.2008
Ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk nama jalan perindustrian.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan tentang penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama mana-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, contoh: "Jalan Seri Murni", "Jalan Harmoni" dan sebagainya. 

Lain-lain24.02.2022

Kembali ke atas