Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.buah] | سبواه

Definisi : satu buah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebuah

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri,
     haruslah dusun itu dibuangkan.

Bermaksud :

Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum! 1. Saya ingin bertanya penjodoh bilangan 'sebuah'. Apakah kriteris perkataan yang boleh digandingkan dengan 'sebuah'? 2. Bolehkah sebuah cerita, sebuah kemalangan dan sebuah banjir? Terima kasih

1. Penjodoh bilangan "buah" digunakan untuk merujuk benda-benda yang bersaiz besar dan agak besar (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti seperti rumah, kereta, almari, buku dan sebagainya.

2. Dalam konteks ini, tidak perlu diberikan penjodoh bilangan.

Tatabahasa14.08.2010
Salam sejahtera, yang manakah antara berikut adalah betul? satu majlis / sebuah majlis satu persembahan / sebuah persembahan satu karangan / sebuah karangan satu kebakaran / sebuah kebakaran sehelai tikar atau sebidang tikar
  1. Untuk makluman tuan/puan, tidak semua perkataan perlu dimasukkan penjodoh bilangan. Cadangan supaya perkataan majlis/persembahan/karangan/kebakaran digunakan tanpa dimasukkan bilangan atau penjodoh bilangan. Walau bagaimanapun, penggunaan bilangan dan penjodoh bilangan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan bentuk ayat yang ingin digunakan.
  2. Jawapan yang betul ialah sehelai tikar.

Tatabahasa01.06.2023
1.Mana satu betul? i) karangan contoh atau contoh karangan ii) jawapan contoh atau contoh jawapan 2. Bolehkan penjodoh bilangan 'sebuah' digunakan untuk karangan, puisi dan keluarga. Contoh : -Tulis sebuah karangan ....... -sebuah puisi -sebuah keluarga

1. Kedua-duanya betul.

2. Tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan.  

Tatabahasa30.06.2010
Chow Sheng Feb 27th, 2:50pm salam sejahtera ..bolehkah saya tanya soalan BM ? 1..sebuah impian / sebuah pengalaman betul atau salah? 2. harap jangan betul atau salah? thanks(^_^)1. Karya kreatif biasa menggunakan ungkapan sebuah impian dan sebuah pengalaman. Namun begitu dalam ungkapan umum, frasa yang betul ialah suatu impian dan suatu pengalaman. Soalan tuan yang kedua tidak jelas. Sila hubungi kami semula melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami.Tatabahasa27.02.2015
saya keliru golongan kata bagi perkataan 'sebuah'. Perkataan 'sebuah' merupakan penjodoh bilangan atau kata bilangan atau kedua-duanya sekali. Semoga pihak Tn dapat memberi sedikit penerangan berkaitan perkataan tersebut. Harap pihak Tn. dapat membantu saya menyelesaikan kekeliruan yang saya hadapi. Jasa baik Tn. amat saya hargai.Sebuah merupakan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah peperangan, sebuah rumah, dua buah kerusi dan lain-lain.

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Contohnya, beberapa buah kereta, dua buah rumah dan lain-lain.
Tatabahasa28.02.2013
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa."Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan.Tatabahasa14.08.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi tarian? Cth: marilah kita saksikan _________ tarian yang akan dipersembahkan oleh kelas Tahun 2.Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah, sebuah tarian. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah.Tatabahasa26.02.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Tatabahasa18.04.2020
KATA PANGGILAN UNTUK JAMBATAN,ADAKAH SEBATANG ATAU SEBUAH,YANG MANA LEBIH TEPAT

Penjodoh bilangan yang betul untuk jambatan ialah sebuah. (sebuah jambatan)

Tatabahasa21.09.2011
1. Yang mana betul, "di kalangan" atau "dalam kalangan" 2. Adakah frasa "tulis sebuah karangan", "Malaysia sebuah negara yang sedang membangun" dan "mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang" betul? S aya difahamkan bahawa penjodoh bilangan hrus digugurkan kalau diikuti benda abstrak tapi frasa-frasa sebegini begitu kerap ditemukan. Terima kasih dan selamat bertugas tuan/puan.

1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang paling sesuai ialah 'dalam kalangan'.

2. Frasa "tulis sebuah karangan" dan "mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang" adalah betul. Frasa yang betul: Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun.

3. Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan. Contohnya, 'sebuah keberanian' adalah salah kerana 'keberanian' ialah kata abstrak.

Tatabahasa31.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas