Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.buah] | سبواه

Definisi : satu buah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebuah

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri,
     haruslah dusun itu dibuangkan.

Bermaksud :

Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
barometer aneroidaneroid barometerAlat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat RajahMenengah Atas
kotak hitamblack boxSebuah kotak yang digunakan dalam eksperimen. Kotak ini digunakan oleh murid untuk meneka objek yang terkandung di dalamnya menggunakan semua deria. Lihat RajahMenengah Rendah
nic ekologiecological nicheFungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut.Menengah Atas
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat RajahMenengah Atas
BidukBig DipperKumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. Lihat RajahSekolah Rendah
sistem hidraulikhydraulic systemSuatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas