Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.buah] | سبواه

Definisi : satu buah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebuah

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri,
     haruslah dusun itu dibuangkan.

Bermaksud :

Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEGALOPOLIS

Megalopolis ialah sebuah kawasan yang terdiri daripada dua atau lebih kawasan metropolitan. Sebuah kawasan metropolitan terdiri daripada sebuah kota pusat dengan penduduk sekurang-kurangnya 50 000 orang dan pinggir bandar yang mengelilingi kota itu. Kawasan metropolitan akan membentuk sebuah megalopolis sekiranya kawasan tersebut menarik, ramai penduduk dan industri, dan kemudian berkembang lalu mula membesar bersama-sama.

UMUM 
KRIMEA

Krimea, sebuah wilayah Ukraine, ialah sebuah

semenanjung yang menganjur dari bahagian selatan

Ukraine ke Laut Hitam dan Laut Azov.

UMUM 
TARSUS

Tarsus (pend. 146 502), sebuah bandar yang

terletak di bahagian tengah selatan Turki. Tarsus

ialah sebuah pusat pertanian dan tempat kelahiran

St. Paul. Tarsus purba ialah sebuah pusat

perdagangan penting, yang dikelilingi oleh tanah

yang subur. Sungai Cydnus (kini Sungai Tarsus)

menghubungkan bandar ini dengan sebuah

pelabuhan yang baik di Laut Mediterranean, dan

dengan sebuah laluan perdagangan yang penting

melalui Tarsus. Untuk lokasi, lihat Turki (peta

politik).

UMUM 
PERWAKILAN DIPLOMATIK

Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik

dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang

diketuai oleh seorang menteri.

UMUM 
KONSERTO

Konserto ialah gubahan muzik yang dimainkan

oleh sebuah atau lebih daripada sebuah alat solo

dan orkestra.

UMUM 
PERAHU LAYAR

Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil,

yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah

perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel,

daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga

kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin

stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di

Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot

buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut

mengenai perahu layar, lihat juga Belayar.

UMUM 
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
STONEHENGE

Stonehenge ialah sebuah tugu purba di Dataran Salisbury di

Wiltshire, sebuah kaunti di tenggara England. Ia

terdiri daripada sekumpulan batu besar yang

dipotong kasar, yang disusun dalam bentuk

bulatan. Ahli arkeologi percaya bahawa orang

Zaman Purba yang membina Stonehenge ini dan

menggunakannya sebagai tempat perhimpunan

suku kaum dan pusat agama. Stonehenge ialah

yang paling terkenal antara banyak pusat

sedemikian di Kepulauan British.

UMUM 
TAMIL NADU

Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India.

Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri

Dravidia di India dan mempunyai sejarah

kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada

2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa

kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India ,

Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina

kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik

dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar.

Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil.

Ibu negerinya ialah Madras.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas