Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bu.lat] | سبولت

Definisi : dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bu.lat] | سبولت

Definisi : dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebulat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concensuspersetujuanSejarahTiadaPersetujuan yang dicapai secara sebulat suara dalam sesuatu perjumpaan, perhimpunan dan perbincangan
decision criteriakriteria keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan.

Act of ParliamentAkta ParlimenSains PolitikPolitik PerbandinganKeputusan yang diambil oleh Parlimen untuk memelihara kepentingan masyarakat apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan reaksi segera dari parlimen. Tindakan ini biasanya merujuk kepada persetujuan yang bersifat sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Contohnya, Parlimen Malaysia mengambil keputusan mengutuk tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George Bush Jr. yang menyerang Iraq pada tahun 2003 tanpa mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan Parlimen Malaysia ini dibahaskan di Parlimen serta mendapat kolektif persetujuan ahli.

Kembali ke atas