Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Eko) pernyataan harga yg diberi-kan oleh pembekal kpd bakal pembeli utk sesuatu barangan yg dipesan; menyebut harga menyatakan atau mem­berikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: kontraktor itu ~ RM2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist anggaran kos (ttg sesuatu barangan atau perkhidmatan) yg diberikan kpd bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut har­ga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: Kon­traktor telah pun ~ RM50,000.00 bagi membaiki kerosakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan?Yang betul ialah sebut harga.Ejaan26.05.2014
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas.Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan.Tatabahasa13.01.2011
perkataan penyebutharga wijud atqau tidakTidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Istilah05.01.2016
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasihWaalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini;  KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 

Istilah11.02.2019
Perolehan Kerajaan tidak dibenarkan dibuat secara "pecah kecil" sebut harga / tender. Mohon terjemahan Bahasa Inggeris yang betul bagi ayat di atas.

Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Makna06.11.2023
Salam, saya ingin tahu dua perkara. Yang pertama, sebut harga untuk penulisan bahan rujukan daripada pihak DBP. Bermaksud pihak DBP menyediakan bahan dan penulisan daripada tajuk yang saya beri. Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap patah perkataan tersebut? Yang kedua, sekiranya saya ingin pihak DBP menyediakan teks ucapan. Berapa caj yang dikenakan bagi khidmat setiap patah perkataan tersebut?Mohon maaf puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan. Perkhidmatan yang disediakan oleh DBP ialah menyemak dokumen bahasa Melayu dan dokumen terjemahan bahasa Inggeris - bahasa Melayu.Lain-lain14.09.2022
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin mendapatkan perkhidmatan terjemahan dari DBP Mohon sebut harga bagi khidmat terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dokumen akan di sertakan selepas mendapat maklumbalas daripada pihak tuan. Tuan boleh menghubungi saya seperti berikut; e-mail: mmustaza@malay-sino.com.my Hp. No.: 019-9844667 Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan25.07.2021
Boleh saya dapatkan pengesahan penggunaan perkataan 'menyetujuterima' dalam konteks ayat 'menyetujuterima sebut harga/tender'Mengikut istilah Undang-undang ejaan yang betul ialah "menyetujui terima" yang bermaksud "menerima dengan niat bersetuju".Istilah15.06.2020
12345

Kembali ke atas