Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutan

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau(biasa) dari segi fonologi? 3. Apakah Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu?1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.Makna25.05.2010
(a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu. (b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi. (C) Apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu.

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku termasuklah kebaikan dan keburukan sila rujuk kertas kerja/makalah/buku yang berkaitan.

Tatabahasa01.07.2010
Bagaimana cara sebutan perkataan genre, /gen + re/ atau mengikut sebutan kata pinjaman /[zhahn-ruh/? Tidak ada panduans sebutan dalam Kamus Sebutan Dewan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, sebutan kata pinjaman genre ialah seperti bentuk visualnya iaitu [gen.re].Tatabahasa21.11.2012
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa15.06.2010
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku

Puan,

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.

Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain  daripada kebiasaan yang dituturkan.

Tatabahasa22.06.2010
Apakah jenis-jenis sebutan yang terdapat dalam bahasa Melayu? Apakah nama sebutan bagi sebutan yang membunyikan huruf a menjadi e pepet seperti "saya" menjadi "saye"?Sebutan "saya" menjadi "saye" ialah sebutan dialekLain-lain03.10.2019
1. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau? 2. Apakah Kebaikan dan keburukan Sebutan baku?

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku termasuklah kebaikan dan keburukan sila rujuk kertas kerja/makalah/buku yang berkaitan.

Tatabahasa01.07.2010
APAKAH PERBEZAAN SEBUTAN BAKU DGN SEBUTAN JOHOR-RIAU ?TQ Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.Makna29.06.2010
Salam , saya ingin mengetahui perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-riau mengikut kaedah fonetikSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini dari segi fonetik, sila rujuk buku-buku yang berkenaan atau pusat bahasa di IPTA/IPTS.Makna09.06.2010
sebutan 'komedi' sebutan 'e' pepet atau talingJawapannya ialah 'e' taling. Harap maklum.Lain-lain23.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas