Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutan

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sebutan baku: sebutan bahasa Melayu yang baikAbdullah HussainUtusan Melayu16.10.1989
Sebutan kata-kata Arab dalam bahasa Melayu kitaAkmar Aini SaidinBerita Minggu10.10.1982
Sebutan azan biarlah betulTiadaUtusan Melayu16.07.1980
Sebutan kita boleh pengaruhi bahasaIberahim Mat SaatBerita Harian01.05.1985
Sebutan baku dan intonasi Bahasa MelayuAminuddin MansorUtusan Zaman03.10.1993
Sebutan baku: Kementerian terima semua cadanganTiadaUtusan Melayu13.04.1989
Sebutan baku bahasa Malaysia merupakan maruah bangsa - Awang HadTiadaUtusan Zaman09.07.1989
Sebutan jawatan bagi PDRM kekalTiadaUtusan Borneo17.02.1996
Sebutan lirik: artis sokong ZakiahHardi Effendi YaacobBerita Harian28.07.1997
Sebutan baku gamatkan majlisTiadaBerita Harian27.01.1988
12345678910...

Kembali ke atas