Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutan

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arithmetic sequencejujukan aritmetikMatematikTiadaSuatu jujukan yang terdiri daripada sebutan-sebutan yang terhasil daripada hasil tambah sebutan sebelumnya dengan satu pemalar.
arithmetic progressionjanjang aritmetikMatematikTiadaSuatu jujukan yang terdiri daripada sebutan-sebutan yang terhasil daripada hasil tambah sebutan sebelumnya dengan satu pemalar.
perturbationusikanSainsHidrometeorologiSebarang sisihan yang diperkenalkan ke dalam sistem yang dianggap berkadaran tunak. Magnitud sisihan ini selalu dianggap kecil dan oleh itu hasil darab sebutan-sebutan dalam pembolehubah bersandar boleh diabaikan; istilah usikan kadang kala digunakan sebagai sinonim usikan kecil. Usikan boleh tertumpu pada satu titik atau dalam ruang isipadu yang terhingga; atau ia boleh merupakan gelombang (fungsi sinus, kosinus); atau, dalam kes sistem yang berputar, ia boleh menjadi simetri pada paksi putaran; atau ia boleh wujud sebagai alihan akibat gangguan seperti ombak. Dalam meteorologi sinoptik, istilah ini telah banyak digunakan untuk sebarang sisihan daripada aliran zon dalam arus zon utama atmosfera. Istilah ini khusus digunakan bagi gangguan seperti ombak dalam lingkungan angin timuran tropika.
constant termsebutan malar; sebutan pemalarFizikTiadaTiada
constant termsebutan malar; sebutan pemalarMatematikTiadaTiada
summationpenghasil-tambahanMatematikTiadaSimbol Σ. Proses atau hasil menambahkan sebilangan sebutan. Bilangan sebutan terhingga atau tak terhingga.
like termssebutan serupaMatematikTiadaSebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa.
arithmetic progressionjanjang aritmetikMatematikTiadaJujukan sebutan yang setiap sebutannya ialah hasil tambah sebutan sebelumnya dengan suatu kuantiti yang tetap. Kuantiti tetap ini dinamai beza sepunya, dan sebutan yang di hadapan sekali dikenali sebagai sebutan awal. Misalnya, bagi janjang aritmetik 5, 7, 9, 11, 13, ..., beza sepunyanya ialah 2, dan bagi janjang aritmetik 6, 3, 0, -3, -6, ..., beza sepunyanya ialah -3. Secara umum, janjang aritmetik dengan sebutan awal a dan beza sepunya d boleh ditulis a, (a + d), (a + 2d), (a + 3d), ....
geometrical progressionjanjang geometriMatematikTiadaJujukan sebutan yang setiap sebutannya ialah hasil darab sebutan sebelumnya dengan suatu kuantiti yang tetap. Kuantiti yang tetap ini dinamai nisbah sepunya, dan sebutan yang di hadapan sekali dikenali sebagai sebutan awal.
termsebutanMatematikTiada1. Setiap kuantiti dalam sesebuah ungkapan sekiranya ungkapan itu merupakan hasil tambah beberapa kuantiti (yang mungkin melibatkan anu). contoh: (i) 5x + 3y - 4z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y, dan - 4z. (ii) 2xy2 - 3 mempunyai dua sebutan, iaitu 2xy2 dan -3. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Misalnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. Lihat juga jujukan.
12345678910...

Kembali ke atas