Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1">

1"> 

 
Lain-lain03.12.2019
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "autonomously"? 1) Secara autonomi 2) Secara berautonomi 3) Lain-lain (sila berikan cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Secara terjemahan langsung, autonomously boleh diberikan padanan secara autonomi atau berautonomi bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  1">

Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
Tuan, apakah peranan DBP: 1. Secara langsung kepada sekolah 2. Secara tidak langsung kepada sekolah

Assalamualaikum,

 Saudari Ramziah.

 6 fungsi utama DBP ialah:

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

 

Berdasarkan fungsi utama di atas, peranan secara langsung DBP kepada sekolah adalah yang berkaitan dengan usaha penyebaran ilmu pengetahuan melalui penerbitan buku dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:

1. Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah.

2. Menerbitkan majalah yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah seperti Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Majalah-majalah lain yang juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar ialah Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Ekonomi. Dewan Kosmik dan Dewan Bahasa.

3. Menerbitkan Kamus untuk kegunaan pelajar misalnya KAMUS MELAYU-INGGERIS (EDISI PELAJAR), KAMUS ARAB-MELAYU RENDAH DEWAN, KAMUS MELAYU-INGGERIS DEWAN, KAMUS TAMIL-MELAYU DEWAN, KAMUS MANDARIN-MELAYU DEWAN dan banyak lagi. Kesemua kamus ini masih dalam proses penerbitan dan ada yang dijangka terbit dalam tahun 2010 dan 2011.

 

Manakala peranan secara tidak langsung adalah yang berkaitan dengan usaha mengembangkan minat pelajar serta guru dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi serta memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru seperti berikut:

   1.Program Kebahasaan:

     -Pertandingan Forum Pelajar  (untuk pelajar sekolaj jenis kebangsaan)

     -Pertandingan Forum Remaja

     - Peraduan Mengarang Esei

     -Pertandingan Koir

     -Pertandingan Deklamasi Puisi

    -Pertandingan Pidato

     -Pertandingan Bercerita

 

     2.Program pengembangan kesusasteraan :

                    1. Sesi bercerita.  2. Program 'Seronoknya Membaca'.   3. Minggu Penulis Remaja.  4.Bengkel Penulisan Hadiah Tunas Remaja. 5. Program Kelab Tunas Renaja. 6. Kuiz Sastera Perdana  7. Bengkel Penghayatan Sastera KOMSAS untuk Guru. 8. Bengkel Teknik Bercerita Untuk Jurulatih(Guru) 9. Ceramah Sastera di sekolah. 10. Bengkel Penulisan untuk Pelajar Sekolah dan lain-lain lagi.

Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang tidak disebutkan. Terdapat program atau aktiviti yang berlainan dilaksanakan oleh DBP di peringkat cawangan seperti Sabah dan Sarawak dan di pejabat Wilayah DBP di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Namun kesemuanya menjurus ke arah matlamat meningkatkan kecintaan dan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh DBP melalui kerjasama dengan pihak lain seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Malaysia di peringkat negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 Sekian terima kasih.

AZHAR MOHD. DORA

Bhg. Dasar dan Pembangunan Korporat DBP

azhar@dbp.gov.my

Lain-lain12.07.2010
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya: perbelanjaan secara berjimat perbelanjaan secara bercermat perbelanjaan secara berhemah Adakah ketiga-tiga ini betul? Terima kasih :)

    1,  Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Perbelanjaan secara berjimat
2. Perbelanjaan secara bercermat 
3. Perbelanjaan secara berhemat


Tatabahasa13.08.2021
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab.

Lain-lain10.04.2009
1. bagaimana menulis perkataan muamalat? atau perkataan yang berasal daripada bahasa arab? adakah perlu tulis secara normal atau secara meningiring (italic)? 2. dalam penulisan ilmiah, apakah perkataan yang perlu ditulis secara 'italic'?Perkataan muamalat dan perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu ditulis secara normal tanpa perlu dicondongkan seperti contoh fitrah, haul dan sebagainya. 2. Dalam penulisan ilmiah, antara perkataan yang perlu dicondongkan termasuklah istilah-istilah tertentu dalam bidang berkaitan yang tidak mempunyai padanan istilah dalam bahasa Melayu. Selain itu, perkataan daripada bahasa Inggeris juga perlu dicondongkan. Walau bagaimanapun, penentuan perkataan yang perlu dicondongkan atau tidak, bergantung juga pada gaya penerbitan sesebuah penerbit.  Lain-lain21.02.2018
soalan 1.Huraikan definisi morfologi secara rinci. 2.Huraikan morfem bebas dan morfem terikat secara rinci. 3.Huraikan maksud sintaksis secara rinci.Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: contohnya perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an; dan sintaksis ialah kajian tentang susunan kata dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa29.04.2012
(1)Dibunuh dengan/secara kejam? (2) Berperang di/pada/kepada jalan Allah?

1. dengan dan secara adalah betul.

2. di

Tatabahasa08.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas