Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
PCXPCXTeknologi MaklumatTiadaKependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE).
Holland correlationkorelasi HollandKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi untuk sistem penumpu tenaga suria yang ditegakkan pada sudut condongan 0� < q < 70� dan H/L > 12, yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 1 + 1.44 [1 � 1708/Ra kos q] [1 � 1708(sin 1.8q)1.6/Ra kos q] + [(Ra kos q/5830)1/3 � 1], dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh, q = sudut condongan, H = lebar, L = panjang.
hydrogenhidrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol H, nombor atom 1, berat atom 1.008, nombor pengoksidaan +1 dan –1, takat beku –259oC, takat didih –252oC, wujud sebagai gas dwiatom yang tidak berwarna, tidak berbau, ringan dan mudah terbakar. hidrogen terdapat dalam tiga bentuk isotop yang stabil, iaitu H-1 (protium), H-2 (deuterium) dan H-3 (tritium). Sebahagian besar hidrogen berpadu dengan unsur lain, seperti oksigen untuk membentuk H2O dan H2O2. Hidrogen disediakan secara tindak balas stim dengan gas asli, secara penceraian ammonia, atau secara elektrolisis air. Hidrogen digunakan sebagai agen penurunan dan bahan api, dan untuk menghasilkan ammonia, anilina dan metanol.
brominebrominKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol Br, nombor atom 35, berat atom 79.904, nombor pengoksidaan +1, -1, +5, -5 dan +6, takat beku –7.3oC, takat didih 58.8oC, berbentuk cecair merah gelap, baunya merengsakan, mudah terbakar, kaustik, sangat beracun dan larut di dalam pelarut organik. bromin terdapat semula jadi di dalam air laut, dan diekstrak secara pengoksidaan garam bromin dengan menggunakan klorin. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan etilena dibromida dan sebagai agen peluntur, pelarut, bahan uji dan ubat-ubatan.
chlorineklorinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida.
desensitizationdesensitisasiPerubatanTiada1. Teknik yang digunakan untuk mengurangkan kesan kehipersensitifan segera melalui pemberian sedikit dos alergen secara berulang; pemberian dos secara berulang ini ditingkatkan secara beransur-ansur. 2. Teknik merawat penyakit fobia atau penyakit lain yang berkaitan, dengan sengaja mendedahkan pesakit kepada rangsangan yang menakutkannya secara terkawal.
ammonificationpengammoniaanKimiaTiada1. Pembentukan ammonia secara bebas semasa pemecahan secara mikro organik nitrogen. 2. Proses menggabungkan sebatian ammonia atau ammonium dengan sesuatu sebatian lain.
dielectricdielektrikPerubatanTiada1. Menghantar kesan elektrik secara pengaruhan, bukannya secara pengaliran.
reticulosisretikulosisPerubatanTiada1. Pertambahan secara abnormal bilangan sel kelenjar limfatik atau sistem imun, biasanya merupakan satu kemalignan. Sinonim: retikulositosis.
12345678910...

Kembali ke atas