Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______.Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan  kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson)Lain-lain06.02.2008
Tuan, saya berpendapat bahawa penggunaan "merujuk kepada" adalah salah, kerana "merujuk kepada" ialah terjemahan secara keseluruhan daripada frasa "refer to" dalam bahasa Inggeris. Namun, pengguna bahasa telah membiasakan penggunaan "merujuk kepada". "Merujuk" dalam kamus bermaksud melihat sumber seperti buku untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut atau lebih terperinci. Jadi, jika ditulis ayat seperti "Perkataan 'ia' dalam ayat ini merujuk kepada 'Aminah' dalam ayat yang sebelumnya" akan bermaksud perkataan "ia" (pelaku) melihat "Aminah" (objek) dalam ayat yang sebelumnya untuk mendapat keterangan yang lanjut. Adakah maksud ayat ini betul? Lihat juga ayt kedua ini: (2) Kata sendi nama "terhadap" merujuk kepada sasaran frasa nama. Ayat ini bermaksud "kata sendi nama terhadap" (pelaku) melihat sasaran frasa nama (objek) untuk mendapat keterangan lanjut. Maksud ayat ini juga salah! Apakah pandangan tuan?Kamus Dewan dijadikan panduan untuk mendapatkan makna seuatu kata. Jika tuan berhajatkan panduan untuk menggunakan sesuatu kata dengan betul, maka hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan. Seperti yang tuan sedia maklum, dalam buku Tatabahasa Dewan, merujuk ialah kata kerja transitif yang diikuti objek selepasnya, seperti merujuk buku; dan kata sendi nama terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu.Tatabahasa13.12.2014
Mohon pihak DBP membuat semakan tatabahasa terhadap ayat berikut: Penafian: Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk pernerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan.Ayat yang berikan adalah betul kecuali penggunaan tanda baca yang perlu dibaiki seperti yang berikut:


Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpeklihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat,pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan.
 

Tatabahasa19.12.2012
apakah maksud prinsip penterjemahan dalam aspek wacanaPada dasarnya, penterjemahan wacana haruslah dibuat berdasarkan konsep teks secara keseluruhan dan bukannya terjemahan harafiah. Misalnya frasa Inggeris 'bypass' boleh membawa maksud jalan pirau atau pun pembedahan pintasan, bergantung pada konteksnya.Lain-lain25.08.2006
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain.

Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman.

Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP.  

Makna30.01.2008
Apakah perbezaan penggunaan kata 'Negara' dan 'Kebangsaan'?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebangsaan bermaksd yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: semangat kebangsaan; dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya: pakaian kebangsaan; bunga kebangsaan; bahasa kebangsaan; yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara: lagu kebangsaan.

Negara pula bemaksud kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Selain itu, bermaksud sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat tersebut.

Makna09.01.2020
Mengapa menggunakan perkataan "pertama" bukannya "kesatu" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pertama ialah kesatu, julung kali, terdahulu sekali, terutama atau terpenting. Untuk makluman tuan, kata bilangan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, contoh: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dengan angka, contoh: 2, 30, 49). Kata ordinal "kesatu" boleh bertukar ganti dengan "pertama" yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit.Istilah17.02.2024
1. 'Ali berjalan dari kelasnya ke kantin.' Penggunaan kata sendi nama dari dikira betul kerana 'kelas' merujuk kepada tempat, iaitu kelas. 2.Walau bagaimanapun, 'Ali dari kelas 3 Cengal', 'kelas 3 Cengal' tidak merujuk kepada tempat, tetapi kepada suatu organisasi, secara keseluruhan, ayat tersebut bermaksud Ali murid kelas 3 Cengal. Mengakapah penggunaan 'dari' dalam ayat kedua dikira betul? Adakah penggunaan 'daripada' lebih sesuai?Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam ayat "Ali dari kelas 3 Cengal betul kerana merujuk kepada tempat (kelas 3 Cengal). 
 
Tatabahasa19.04.2020
Mohon pengesahan ayat yang mana satu betul, dalam penulisan emel / suirat rasmi kerajaan. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan ATAU Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan.Ayat yang diberikan tidak lengkap dan itu menyukarkan pihak kami untuk melihat konteks ayat secara keseluruhan. Sungguhpun demikian, pihak kami mencadangkan supaya digunakan ayat: Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan/puan...Makna05.11.2018
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu.Tatabahasa08.12.2014
12345

Kembali ke atas