Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
ASTROFIZIK

Astrofizik ialah ilmu sains yang menggunakan

prinsip-prinsip fizik kepada banyak bidang astronomi.

Ahli astrofizik cuba menentukan sifat fizik serta asal

usul dan perkembangan sistem suria, bintang,

galaksi, dan alam semesta secara keseluruhan.

UMUM 
PERLUCUTAN SENJATA

Perlucutan senjata adalah penghapusan,

pengurangan, atau pembatasan angkatan bersenjata

sesebuah negara. Perlucutan senjata biasanya hanya

dapat dicapai melalui persetujuan antarabangsa.

Tidak ada negara yang digalakkan melepaskan

keseluruhan keupayaannya untuk mempertahankan

diri atau menyerang negara musuh secara

ketenteraan. Akibatnya, persetujuan perlucutan

senjata sebenarnya adalah persetujuan untuk

mengawal senjata.

UMUM 
BANGSAWAN

BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
PERJANJIAN WAITANGI

Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang

dibuat di antara orang Maori New Zealand

dengan kerajaan British pada tahun 1840.

Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi

jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua

hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada

Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk

menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil-

wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British

mengesahkan dan memberi jaminan kepada

orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya

terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan

kawasan perikanan selagi mereka ingin

menjadikannya sebagai pemilikan mereka.

Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada

secara berkumpulan atau individu. Ratu

bertanggungjawab untuk melindungi orang

Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British

kepada mereka.

UMUM 

Kembali ke atas