Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
aspek kesalahan bahasa secara umumKesalahan bahasa secara umum merangkumi aspek pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan, tanda baca dan laras bahasa. Sila rujuk buku - buku yang berkaitan aspek ini yang ada di pasaran, misalnya buku Kesalahan Umum Tatabahasa oleh Dr. Awang Sariyan.Tatabahasa24.09.2009
apa maksud logo secara detail dan kegunaan logo secara umum?

Saudara Ermacharlie,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna logo ialah lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu.  Secara umum logo digunakan sebagai lambang pengenalan sesuatu organisasi atau agensi.  

Makna05.08.2009
apakah maksud substruktur ekonomi?Secara umum substruktur ekonomi bermaksud struktur yang mendasari atau menyokong  sistem pengendalian sumber kekayaan.Makna13.01.2010
kepentingan filologi dalam sasteraSecara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah.Lain-lain05.09.2008
Berapa pangjang sesebuah cerpen?

Secara umum, panjang sesebuah cerita pendek atau lebih dikenali sebagai cerpen ialah antara 500 sehingga 2,000 patah perkataan. Namun begitu, jumlah patah perkataan ini bergantung kepada media yang menyiarkannya.

Lain-lain28.04.2010
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
apakah pengertian filologi dari sudut sasteraSecara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis  atau bahan kesusasteraan  untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa.Lain-lain04.09.2008
Adakah ayat-ayat di bawah ini boleh digunakan secara umum: Mengapakah adik kamu ketawa? Bagaimanakah adik kamu ketawa?Ayat yang betul ialah Mengapakah adik kamu ketawa?Tatabahasa02.02.2023
apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajakSecara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi.  Lain-lain01.03.2009
apakah yang dimaksudkan dengan takrif bahasa dan konsep bahasa secara umum.Merujuk kepada Kamus Dewan, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Bahasa juga merujuk kepada percakapan yg baik, tingkah laku yg baik atau sopan santun. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian bahas dan konsepnya, saudara boleh membuat rujukan pada buku Kamus Dewan Edisi Keempat. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut.Makna03.10.2007
12345678910...

Kembali ke atas