Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : = sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : ketika masih melakukan sesuatu; masih dlm sesuatu keadaan: Isterinya ~ mengandung. Ketika dia tiba tadi, saya ~ membaca akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : , = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
undera19. in the process of, sedang [approp v]: road ~ repair, jalan sedang dibaiki; the topic now ~ discussion, tajuk yg sedang dibincangkan sekarang; the matter is ~ review, perkara itu sedang dipertimbangkan; all buildings ~ construction were affected by the strike, semua bangunan yg sedang dibina terjejas akibat mogok itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afootadj & adv in operation, sedang berlaku; (of plan, scheme, etc) sedang dijalankan: there is trouble ~, ada kekacauan yg sedang berlaku; there is a plan ~ to improve working conditions, ada rancangan yg sedang dijalankan utk memperbaiki keadaan kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decliningadj 1. deteriorating, diminishing, sedang merosot: a ~ empire, empayar yg sedang merosot; ~ health, kesihatan yg sedang merosot; ~ popularity, kepopularan yg sedang merosot; 2. (of day) menjelang senja: ~ day, hari yg menjelang senja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
motionin ~, a. (sedang) bergerak: do not open the door when the train is in ~, jangan buka pintu semasa kereta api sedang bergerak; b. (of plan, campaign, etc), (sedang) berjalan; (of changes) sedang berlaku: the campaign iKamus Inggeris-Melayu Dewan
trialon ~, a. (in a court of law) sedang dibicarakan: the young man is on ~ for murder, pemuda itu sedang dibicarakan krn dituduh membunuh; b. (for the purpose of testing) sedang dicuba: the machine is on ~ for a week, mesin itu sedang dicuba selama seminggu; c. when tested, semasa dlm tempoh percubaan: the new stenographer was found on ~ to be incompetent, jurutrengkas yg baru itu didapati tdk cekap semasa dlm tempoh percubaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloomingadj 1. flowering, sedang berbunga: ~ angsanas, pokok-pokok sena yg sedang berbunga; 2. glowing, berseri: she was ~ and looking pretty, wajahnya berseri dan kelihatan cantik; 3. flourishing, sedang berkembang: a ~ area of research, bidang kajian yg sedang berkembang; 4. (sl) bloody, [not translated]: a ~ idiot, si bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ongoingadj continuing to happen, exist, etc, sedang + approp v: a review of ~ projects, kajian semula projek-projek yg sedang dilaksanakan; an ~ discussion, perbincangan yg sedang berjalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thickin the ~ of, /sedang, tengah/ sibuk + approp v: the soldiers are in the ~ of battle, askar-askar itu sedang sibuk bertempur; I was in the ~ of spring-cleaning when visitors arrived, saya sedang sibuk membersihkan rumah apabila tetamu-Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wayb. in progress, sedang berjalan: preparations for the conference were well under ~, persediaan utk persidangan itu sedang berjalan; plans are already under ~ for a new building, rancangan-rancangan utk membina sebuah bangunan baru sedang berjalan; you can’t have it both ~s, pilih antara dua: either you study or you work; you can’t have it both ~s, sama ada kamu belajar atau kamu bekerja; pilih antara dua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
under16. receiving the effect of, sedang [approp v]: he died while ~ the anaesthetic, dia meninggal dunia semasa sedang dibius; the patients are ~ treatment for cancer, pesakit-pesakit itu sedang dirawat krn kanser;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas