Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : = sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : ketika masih melakukan sesuatu; masih dlm sesuatu keadaan: Isterinya ~ mengandung. Ketika dia tiba tadi, saya ~ membaca akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : , = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vacuolizationpemvakuolanBiologiHistologi dan Sitologi1. Pembentukan vakuol. 2. Pembentukan titisan bendalir jernih di dalam sel yang sedang berkembang atau yang sedang menua.
on changesedang kemasPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan bilik yang sedang dikemaskan.
nature potatoeskentang bujur sedangPentadbiran PerniagaanTiadaKentang bentuk bujur sedang bersegi tujuh direbus.
boiled potatoeskentang bujur sedangPentadbiran PerniagaanTiadaKentang bentuk bujur sedang bersegi tujuh direbus.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
Keris Jawa DemamKeris Jawa DemamKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu yang menyerupai badan lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seakan-akan sedang demam.
back-up manpenyokongKejuruteraanPetroleumOrang yang memegang satu sambungan paip ketika sambungan paip yang lain sedang diskrukan kepada paip yang dipegang atau yang sedang dilonggarkan atau ditanggalkan daripada paip tersebut.
eruption haematomahematoma pengeruptanPergigianTiadaKawasan gelap yang terbentuk di bawah gusi gigi yang sedang erupt. Keadaan ini disebabkan pengumpulan darah berbentuk seperti sista di atas gigi yang sedang erupt. Kawasan ini kelihatan kebiruan dan kemudian kemerahan diikuti dengan pembengkakan mukosa dan boleh menyebabkan bayi kurang selesa semasa gigitan. Keadaan ini akan hilang apabila gigi erupt sepenuhnya.
action cuthenti aksiKomunikasiTiada1. Arahan oleh pengarah untuk menghentikan tangkapan sewaktu pelakon sedang melakonkan wataknya. 2. Teknik penyuntingan filem atau video yang dilakukan sewaktu sesuatu aksi lakonan sedang dilakukan dan bahagian yang disuntingkan itu disambungkan kepada adegan yang lain.
abdicateturun takhta; letak kuasaSains PolitikTiada1. Tindakan seorang raja yang sedang memerintah berhenti daripada menjadi raja dan memberikan takhtanya kepada seorang yang lain.,2. Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang sedang berkuasa menyerahkan kuasanya kepada seseorang atau sesuatu pihak yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas