Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wafiy tekun belajar---- kawan kawannya hanya berbual-bual. A sementara B sedangkan C tatkala D semasaDalam konteks ayat tersebut, sementara dan sedangkan boleh digunakan. Contoh ayat lengkap, Wafiy tekun belajar sementara/sedangkan kawan-kawannya hanya berbual-bual.Tatabahasa10.08.2015
apakah maksud Jangankan...pun dan sedangkan...apatah lagi Ada mereka ada perbezaanJangankan bermaksud usahkanjangankan hendak makan, mi­num pun dia tak mahu.
Sedangkan bermaksud sekalipun, walaupun, meskipun: sedangkan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia.
Apatah bermaksud apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, apatah lagi Ali yg miskin itu.
Lihat perbezaan makna dan penggunaan ketiga-tiga perkataan ini melalui contoh ayat yang diberikan.
Tatabahasa19.10.2021
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKPenggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa21.07.2012
Selamat pagi, Mengapakah kata dasar (contohnya: "imperial" & "humanis") tiada dalam PRPM sedangkan kata terbitan daripadanya ("imperialisme", "imperialistik", humanisme") ada dalam PRPM? Saya hanya namakan beberapa contoh sedangkan banyak lagi perkataan seumpamanya yg diserap daripada bahasa Inggeris tetapi kata dasarnya tiada dalam PRPM. Bolehkan tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, kemasukan kata-kata ini diserap dalam bahasa Melayu melalui bidang peristilahan dan juga terjemahan dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan. Oleh itu, kemasukan kata ini dalam bahasa Melayu mengikut keperluannya. Ada juga sebahagian daripada kata serapan berkenaan telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan kata terbitannya terbentuk daripada akar kata tersebut. Contohnya humanisme, akar katanya human diterjemahkan kepada manusia, maka terhasillah memanusiakan dan kemanusiaan. Namun begitu, melalui perkembangan bahasa khususnya keperluan dalam bidang peristilahan, kata humanisme kini telah diterima pakai. Istilah11.12.2020
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasanKami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal.Lain-lain31.10.2011
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinyaJawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.)Tatabahasa07.06.2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanya adakah laman PRPM ini mengalami masalah talian? Apabila saya menaip perkataan untuk mencari maksud, akan tertulis 'carian kata tiada di dalam kamus terkini'. Sedangkan perkataan yang saya cari itu semudah-mudah perkataan seperti besar, meriah dan sebagainya. Sedangkan pautan lain seperti istilah malaysia, khidmat nasihat dan lain-lain boleh pula dibuka dan dirujuk. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Laman web www.prpm.dbp.gov.my kini boleh diakses seperti biasa. Kami mohon maaf atas kesulitan yang puan hadapi.Lain-lain13.10.2017
Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa.Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata.
Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif.

Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).

Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). 
Makna16.12.2023
kenapa dipersetujui betul? sedangkan diper..i hanya ada 4 perkataan saja boleh digunakan iaitu ingat,kawan,suami dan isteri?Dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus  Dewan dan lihat entri kata setuju.Tatabahasa20.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas