Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
nilai yang lebih besar yang tidak dapat ditampung oleh suatu kedudukan nombor. Dalam sistem perduaan, penambahan bit 1 dan bit 1 akan membuatkan bit 1 dibawa ke tahap se - terusnya sedangkan dalam sistem perpuluhan, 7 + 9 akan menyebabkan 1 dibawa ke kedudukan puluh. 2. Tindakan membawa isyarat atau objek ke tempat lain melalui medium. (KOM) carry (II) (bawaan) 1. Isyarat atau sinaran haba. (FIZ) diathermy (diatermi) Peningkatan haba tisu akibat rintangan terhadap laluan pancaran elektromag- net yang berfrekuensi tinggi, arus elektrik atau gelombang ultrabunyi. Dalam pengubatan diatermi, tisu dipanaskan tanpa termusnah sedangkan dalam dia - termi pembedahan, tisu dimusnahkan untuk tujuan memotong atau menghen- tikan perdarahan. (UBAT) diatom (dwiatom) Molekul yang terdiri daripada dua atom yang serupa atau berbeza. Contohnya, hidrogen (H 2

Kembali ke atas