milk ‘ain | pemilikan barang | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan fizikal sesuatu barangan, sedangkan faedahnya dinikmati pihak lain. Oleh itu, pemilik barang tidak menikmati faedah barang tersebut selagi hak mendapat faedah (haqq intifa‘) berada dalam pemilikan pihak lain. Pemilik barang juga tidak boleh melakukan sesuatu tindakan terhadap barang tersebut yang boleh merosakkan atau mengurangkan faedahnya. Contohnya, pemilik rumah sewa tidak boleh mengubah suai atau menjual rumah tanpa memaklumkan kepada pemilik faedah, iaitu penyewa. Sinonim milk riqbah. Banding milk manfa’ah. |
milk manfa‘ah | pemilikan manfaat | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan faedah sesuatu barangan sahaja, sedangkan ‘ainnya dipunyai oleh pihak lain. Milk manfa‘ah berlaku dalam akad pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah (kebenaran penggunaan). Contoh dalam sewaan rumah, penyewa menikmati faedah rumah tetapi hak pemilikan ‘ain rumah dimiliki oleh pemilik asal. Banding milk ‘ain. |
imitation lace | renda tiruan | Kesenian | Tiada | Istilah untuk renda buatan mesin pada masa lampau, sedangkan renda buatan tangan merupakan renda asli. |
opisthotonos | opistotonos | Perubatan | Tiada | Suatu bentuk kekejangan apabila kepala dan tumit kaki terbengkok ke belakang sedangkan bahagian tubuh yang lain melengkung ke hadapan. |
potential well | telaga keupayaan | Fizik | Mekanik | Suatu kawasan di dalam medan daya yang keupayaannya berkurang dengan sereta-merta sedangkan di luar kawasan ini, keupayaannya bertambah. |
water-base mud | lumpur dasar air | Kejuruteraan | Petroleum | Lumpur penggerudian yang terdiri daripada air sebagai fasa selanjarnya atau pelarutnya, sedangkan bahan-bahan tambah yang lain sebagai fasa tersesaknya. |
error of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Tiada | Kesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud. |
false negative test | ujian negatif palsu | Kesihatan Awam | Tiada | Keputusan ujian yang menunjukkan seseorang tidak mempunyai penyakit atau keadaan tertentu sedangkan orang itu sebenarnya mempunyai penyakit atau keadaan itu. |
law of diminishing returns | hukum pulangan berkurangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Hukum yang menyatakan apabila satu faktor ditambah berterusan sedangkan faktor-faktor lain tidak diubah, maka akan tiba pada satu tahap apabila tambahan keluaran akan berkurangan. |
prolixity | bahasa berjela | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan kata-kata yang berlebihan atau tidak perlu, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, sedangkan persoalan itu dapat dijelaskan dengan bahasa yang padat dan mudah difahami. |