Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nasi sedap gulai mentah,
     gulai sedap nasi mentah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul: sedap belaka sedap-sedap belakaFrasa yang betul ialah 'sedap belaka' kerana perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.Tatabahasa24.08.2014
Salam sejahtera DBP Saya ingin yang mana satu daripada ayat-ayat di bawah ini yang tepat. (a) Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (b) Makanan yang dijual di Restoran Mamat sedap belaka. Terima kasih.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Pengandaan kata dilakukan untuk menghasilkan makna-makna tersendiri, antaranya ialah kejamakan subjek kata sifat berkenaan, contohnya: besar-besar (Durian di dusunnya besar-besar belaka), sedap-sedap (Makanan di restoran Mamat sedap-sedap belaka), kaya-kaya (Penduduk Taman Harta ini kaya-kaya belaka). (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata Adjektif Ganda, hlm. 239 dan Nahu Melayu Mutakhir, Gandaan Asal, hlm. 274 – 278.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan:  Perkataan Makanan bermaksud jamak, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali; oleh itu tidak perlu menggandakan perkataan sedap.Tatabahasa18.05.2011
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
1. masakannya sedap-sedap belaka 2. masakannya sedap belaka Encik/ Puan, ayat yg mana betul dan kenapa? mohon pencerahan...Ayat yang betul ialah masakannya sedap belaka.Tatabahasa03.12.2015
Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'empuk' hanya merujuk kepada makanan. Jika situasi ini benar, maka penggunaan kerusi empuk, tilam empuk, sofa empuk dan lain-lain adalah salah. Bagaimanakah pula dengan perkataan 'sedap'? Adakah 'sedap' hanya merujuk kepada makanan? lBolehkah klausa lagu yang sedap didengar, sedap mata memandang, dan lain-lain digunakan ?Menurut Kamus Dewan, perkataan empuk mempunyai pelbagai maksud, selain bermaksud mudah dikunyah (berkenaan makanan), empuk juga bermaksud tidak keras, iaitu lembut yang merujuk kerusi dan tilam. Begitu juga dengan perkataan sedap selain merujuk makanan yang enak, sedap juga merujuk sesuatu yang sedap didengar (berkenaan bunyi, muzik).Makna11.05.2010
Mohon pihak DBP memberi respon ayat-ayat berikut. kalau salah, dimanakah salahnya. Kalau betul, tolong terangkan juga. 1. Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka. 2. Restoran ini menjual pelbagai makanan. 3. Lagu 'Negaraku' ialah kebangsaan Malaysia. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor.

1. Ayat Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka betul kerana penggandaan penuh kata adjektif  dalam ayat tersebut  memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.

2. Ayat Restoran ini menjual pelbagai makanan betul kerana pelbagai menunjukkan maksud berbagai-bagai.

3. Ayat yang sepatutnya ialah Lagu 'Negaraku' ialah lagu kebangsaan Malaysia.

4. Ayat Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor betul.

Tatabahasa24.06.2010
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.
Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.
Tatabahasa28.08.2012
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa28.08.2009
minta maaf, saya mengemukakan soalan mengelirukan. Sebenarnya soalan saya ialah: Yang manakah ayat berikut betul : 1) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap belaka. 2) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap-sedap belakaAyat yang betul ialah Lauk-pauk itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.Tatabahasa24.08.2014
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
12345678

Kembali ke atas