Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senang, tenteram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Kalau ada kaca di pintu,
     Bunga dedap dalam padi;
Kalau ada kata begitu,
     Barulah sedap dalam hati.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

PantunSumberTema
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Susahlah hati anak siamang, Sakit dada makan tak sedap; Susahlah hati hendak meminang, Duit tak ada badan berkurap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jikalau hari mulai gelap, Cepat-cepat pasang pelita; Jikalau hati mulai tak sedap, Cepat-cepat meminang hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Ajikik pandai bercerita, Sauk terkenal kerana tentera; Tercekik makan hati berkata, Lauk sedap tiada selera.Pantun Melayu SarawakKasih
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau cik tuan mengancing pintu, Daun dedap di dalam perigi; Kalau tuan kata begitu, Alangkah sedap di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas