Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.da.pat] | سداڤت

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ulan, sampu paya, Aspidopterys concara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.da.pat] | سداڤت

Definisi : sesudah dapat (menerima): ~ sahaja telegram itu dia pun segera pulang; ~ mung­kin seboleh-bolehnya, seboleh mungkin, se­berapa dapat (boleh); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.da.pat] | سداڤت

Definisi : sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedapat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bolehkah perkataan kantoi digunakan dalam penghasilan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Jika disemak di dalam kamus dewan online tidak wujud makna kantoi. 2.Adakan usyar ejaan yang betul?1. Perkataan kantoi digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan. 2. Usyar ialah bahasa percakapan yang bermaksud memerhati (biasanya buat beberapa ketika).Tatabahasa21.02.2012
Perkataan gabra ini tidak boleh digunakan untuk penulisan surat rasmi. Namun bolehkah digunakan untuk penulisan dalam novel? Contohnya: Ali gabra apabila melihat lelaki itu. Betulkah ayat ini?

Perkataan "gabra" digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan.

Lain-lain24.08.2020
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih!
Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. 
Tatabahasa12.05.2020
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul?1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan.

2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri.
Tatabahasa25.04.2013

Kembali ke atas