Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.de.mi.kian] | سدمکين

Definisi : seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.de.mi.kian] | سدمکين

Definisi : spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedemikian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? Berbuat sedemikian/demikian?Perkataan demikian dan sedemikian mempunyai makna yang hampir sama, namun untuk ayat tersebut lebih sesuai digunakan perkataan demikian.

Demikian
Definisi : 
begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sedemikian
Definisi : 
spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna28.08.2017
Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ?Betul:
1. Oleh hal yang demikian, 
2. Oleh hal sedemikian
3. Hal ini dikatakan demikian kerana
4. Oleh yang demikian, 


Salah:
1. Oleh hal yang demikian kerana   
2. Hal ini kerana 
Lain-lain28.09.2020
Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai bagi perkataan “such that” selain “sedemikian banyak” sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: Jika sesuatu sediaan makanan mengandungi mana-mana makanan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam sebagai ramuannya, amaun bahan pengawet yang dibenarkan dalam sediaan makanan tersebut hendaklah sedemikian banyak supaya apabila dinyatakan sebagai peratusan bagi amaun yang dibenarkan untuk ramuan itu sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam, peratusan itu tidak boleh melebihi kadar peratusan ramuan itu yang terdapat dalam makanan tersebut.

Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan “such that” dalam konteks tersebut ialah sebanyak yang dinyatakan.

Makna28.05.2021
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011
Adakah padanan “presented as such” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “disediakan sedemikian”. 391.(7) The protein content of the processed cereal-based foods for infants and young children shall be as follows: (c) For products mentioned in subparagraph (1)(c)(iv) which is made with the addition of a high protein food, and presented as such, the added protein shall not be less than 1.5 g per 100 kcal or 0.36 g per 100 kJ. 391.(7) Kandungan protein bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil adalah seperti yang berikut: (c) bagi produk yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(iv) yang dibuat dengan penambahan makanan berprotein tinggi, dan disediakan sedemikian, protein yang ditambah hendaklah tidak kurang daripada 1.5 g bagi setiap 100 kcal atau 0.36 g bagi setiap 100 kJPadanan bahasa Melayu "disediakan sedemikian" bagi perkataan "presented as such" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Lain-lain27.07.2021
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu.

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Lain-lain03.08.2016
pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian.Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai.Tatabahasa28.06.2018
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa."Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian."Penyemakan dan penterjemahan07.06.2016
Ejaan yang betul "bekerja" atau "bekerja". Kenapa sedemikian?Ejaan yang betul ialah bekerja. Ejaan ini merupakan bentuk terkecuali dan mantap daripada ejaan perkataan lain yang menerima imbuhan beR seperti perkataan berserta.Ejaan25.09.2007
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. AidahSalam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah
Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan.  DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan.
Makna31.12.2013
12345678910...

Kembali ke atas