Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.der.ha.na] | سدرهان

Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mild reagentreagen sederhana; bahan uji sederhanaKimiaTiadaTiada
medium-width clothkain bidang sederhana/kain lebar sederhanaKesenianTiadaTiada
saron barungsaron barungMuzikTiada

 Saron bersaiz sederhana dengan register sederhana. Saron barung menghasilkan melodi asas dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Lihat juga saron.

humid regionkawasan lembapGeografiTiadaKawasan - kawasan yang mengalami iklim jenis lembap sederhana tanpa musim kering, lembap sederhana dengan musim sejuk kering dan lembap sederhana musim panas kering.
significant weathercuaca menonjolSainsHidrometeorologiCuaca yang merangkumi fenomena seperti ribut petir, ribut tropika, badai jajar sangat kencang, hujan batu, golakan sederhana atau kencang, pengaisan sederhana atau kuat pada kapal terbang, gelombong gunung yang nyata, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas dan hujan membeku.
comminutionpenyerbukanHerbaTiadaProses untuk mengurangi saiz zarah bahan herba secara fizikal atau mekanikal, seperti pemotongan dan penggilingan. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan bahan serbuk herba bagi memudahkan pemprosesan selanjutnya. Saiz zarah dikelaskan sebagai kasar, sederhana kasar, sederhana halus, halus dan sangat halus berdasarkan ukuran saiz pengayak yang telah ditetapkan. Sinonim penghancuran.
medium hardwoodskayu keras sederhanaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKS. kumpulan kayu keras Malaysia yang sederhana berat hingga berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 700 hingga 900 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Setengah-tengah kayu dalam kumpulan ini cukup kuat dan berat, tetapi nilai ketahanan semula jadinya tidak begitu baik. Kebanyakannya sederhana tahan dan perlu diawet sebelum digunakan, terutamanya apabila digunakan di kawasan tropika dan bersentuhan dengan tanah. Terdapat lebih kurang 14 spesies kayu dagangan utama, seperti kapur, keruing, dan kempas.
middle greykelabu sederhanaKesenianTiadaWarna kelabu ton sederhana untuk menentukan darjah pendedahan di dalam fotografi.
moderate diseasepenyakit sederhanaKesihatan AwamTiadaPenyakit dengan gejala yang sederhana.
middle distancelari jarak sederhanaSukanTiadaAcara lari pada jarak sederhana, seperti lari 800 m, 1000 m, 1500 m.
12345678910...

Kembali ke atas