Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dih] | سديه

Definisi : sedan, sedu: tangis dan ~; tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tragedianahli tragediKesusasteraanTiada1. Perlaku lakon sedih.,2. Penulis cerita sedih.
wehmutig (G)sedihKesenianTiadaMod muzik yang sedih.
melancholicmelankolikKesenianDrama dan TeaterGaya pengucapan dialog dan lagu sedih atau peragaan perwatakan yang sugul seperti susah dan sedih. Contohnya, Lagu Tarik Nasib dalam seni persembahan.
sadlysedihKesenianTiadaTiada
lagnoso (It)sedihKesenianTiadaEkspresi dalam pergerakan muzik.
addolrato (It)dengan sedihMuzikTiada

Persembahan muzik secara sayu.

agony column (news)ruangan sedihKomunikasiTiadaTiada
agony column (news)ruangan sedihPerpustakaanTiadaTiada
bereavementperkabunganSosiologiTiadaKeadaan sedih atau berdukacita kerana kehilangan sesuatu terutama kematian.
lonelinesskesepianPerubatanTiadaPerasaan sedih dan pilu kerana kekurangan teman dan perhatian.
123456789

Kembali ke atas