Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retail travel agentejen pelancongan runcitPelanconganTiadaWakil agensi pelancongan yang menjual produk dan perkhidmatan secara sedikit-sedikit kepada pelanggan.
light depreciationkeredupan cahayaLandskapTiadaPencahayaan yang dikurangkan secara sedikit demi sedikit bagi menimbulkan keadaan persekitaran yang samar.
accumulationpenumpukanKejuruteraanPetroleumHimpunan hidrokarbon semula jadi yang dipercayai berlaku sedikit demi sedikit dalam batuan reserbor. Himpunan ini terjadi hasil daripada pergerakan yang menumpu ke satu tempat oleh hidrokarbon yang berhijrah dari batuan punca.
poco a pocopoco a pocoKesenianTiadaTempo dalam pergerakan muzik yang sedikit demi sedikit.
intermittent feedingpemberian makanan berselangVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada ternakan secara sedikit demi sedikit dan dilakukan beberapa kali dalam sehari. Kaedah ini dilakukan untuk mengelakkan pembaziran seperti melalui tumpahan. Pemberian makanan melalui kaedah ini juga dapat meningkatkan kecekapan pencernaan dan nilai pemakanan sesuatu diet.
recurring salejual beli istijrarEkonomiEkonomi IslamJual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar.
shovelingpenyodokanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCara menarah lapisan permukaan tanah sedikit demi sedikit semasa ekskavasi dengan menggunakan penyodok tanah atau sekop. Cara ini digunakan pada tapak ekskavasi yang luas yang mempunyai kawasan tanah keras. Jika tidak dilakukan dengan teliti, kelemahan cara ini boleh merosakkan artifak.
accumulationtimbunan; tumpukan; penimbunan; penumpukan; pengumpulanMatematikTiadaJumlah atau amaun yang terhasil daripada pertambahan sedikit demi sedikit.
accretion hypothesishipotesis tokokanGeologiTiadaHipotesis asal mula bumi yang mengandaikan bahawa bumi terbentuk daripada nukleus kecil yang kemudiannya membesar dengan penambahan jasad pepejal sedikit demi sedikit.
false castlempar palsuPerikananTiadaKaedah melontar tali joran ke arah hadapan dan ke arah belakang di udara untuk memanjangkan tali dari gelungan gelendong sedikit demi sedikit sebelum tali dilontar sepenuhnya. Teknik ini hanya digunakan semasa aktiviti pancing layang.
12345678910...

Kembali ke atas