Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit sebanyak

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah kata dasar untuk "sedikit"? 2. Adakah kata 'sedikit sebanyak' digunakan? 3. 'Sedikit-sebanyak' ATAU 'Sedikit banyak' yang betul? 4. Sila bina ayat untuk menjelaskan makna kata tersebut?

Kata dasar untuk sedikit ialah dikit. Ejaan yang betul ialah sedikit sebanyak, iaitu bermaksud lebih kurang.

Contoh ayat: Bantuan kerajaan kepada penduduk terjejas banjir sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.  

Tatabahasa09.02.2015
penggunaan yang mana betul sedikit sebanyak atau sedikit banyakYang biasa digunakan ialah sedikit sebanyak yang bermakna lebih kurang.Ejaan10.11.2006
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak 'Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya.Tatabahasa17.04.2009
(a) sedikit banyak (b) sedikit sebanyak DBP, beriku yang manakah adalah betul?Frasa yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud lebih kurang.Tatabahasa04.09.2011
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini.Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini.Tatabahasa14.06.2007
mengapa rangkai kata 'sedikit sebanyak' tidak ditulis atau di sebut 'sedikit banyak' yang merupakan kata asalnya masing-masing. Dari segi tatabahasa mana yang lebih tepat? JazakalLahhukhairankatheeraTerima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, kata sedikit sebanyak sudah diterima oleh masyarakat dan boleh digunakan pada tempat yang sesuai menurut konteks ayat. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain10.02.2007
Tuan, saya agak keliru tentang penggunaan perkataan 'sedikit banyak' yang digunakan oleh beberapa penerbit buku di negara kita. Adakah penggunaannya betul, bukan 'sedikit sebanyak'? Begitu juga dengan penggunaan perkataan 'di sebalik kejadian itu' dan 'di balik kejadian itu'. Yang manakah paling tepat? Sekian, terima kasih.Frasa sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya membawa makna lebih kurang. Oleh itu, tiada masalah dalam penggunaan frasa mana yang lebih digemari. Hal ini tidak sama bagi frasa di balik dan di sebalik. Di balik bermaksud di belakang, manakala di sebalik bermaksudĀ pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara. Frasa yang betul ialah di sebalik kejadian.Tatabahasa27.11.2012
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut:

Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan.

Tatabahasa26.11.2014
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
Yang manakah antara berikut betul penggunaanya? a) Antara kebaikan-kebaikan b) Antara kebaikan a) di kalangan pelajar b) dalam kalangan pelajar a) kebanyakkan orang b) ramai orang Betulkah penggandaan berikut: sedikit-sebanyak1. Antara kebaikan. 2. dalam kalangan dan di kalangan kedua-duanya betul. 3. kebanyakan orang, ramai orang.Tatabahasa13.10.2009
123

Kembali ke atas