Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit sebanyak

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sedikit sebanyaklebih kurang;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperkenalkan1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengetahuan1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berharapberhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta;Kamus Dewan Edisi Keempat
kenal1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
siasatan1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kenal akan (kpd)1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa;Kamus Dewan Edisi Keempat
terutama1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat;Kamus Dewan Edisi Keempat
banyak1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dikit; sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu; ~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang; ~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu); sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit); sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2. walaupun sedikit; menyedikit berkurang (sedikit-sedikit); berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wang­nya telah dikumpulkan secara ~; 2. ber­­hemat, ber­hati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; mendikit-dikitkan, menyedikitkan, me­ngecilkan (mengurangkan) belanja dll, men­jadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang; mempersedikit menjadikan lebih sedikit; tersedikit yg paling sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas