Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit sebanyak

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galactic rotationputaran galaksiMatematikTiadaPutaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini.
Great RiftRekah BesarMatematikTiadaKompleks nebula gelap yang besar, berbentuk seperti rantai yang sedikit sebanyak melindungi cahaya dari jalur. Bimasakti yang berbentuk sempit serta panjang, yang terletak di antara buruj Cygrus dengan Sagittarius.
Chandrasekhar limithad ChandrasekharMatematikTiadaHad jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti.
anticompetitive practiceamalan antisaingEkonomiTiadaKelakuan syarikat yang tidak menggalakkan persaingan antara pengeluar-pengeluar dan dengan itu syarikat berkenaan dapat menguasai sedikit sebanyak pasarannya.
baroclinic atmosphereatmosfera baroklinikSainsHidrometeorologiKeadaan atmosfera yang permukaan-permukaan tekanan dan ketumpatan (atau isi padu spesifik) malarnya bersilang di suatu aras atau aras-aras. Atmosfera ini sedikit sebanyak bersifat baroklinik. Kebaroklinikan lampau menunjukkan adanya perbezaan besar suhu mendatar, yang mengakibatkan angin terma yang kencang.
counter eliteelit sainganSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu.
geomagnetismgeomagnetisme/ kegeomagnetanMatematikTiada, yang di permukaan bumi dapat disamakan dengan magnet bar di pusat bumi yang paksinya condong sebanyak 11.4 ke arah paksi putaran bumi dan dalam keadaan yang agak menyerong sedikit dari pusat lalu menjadikan kutub utara magnet berada lebih dekat dengan kutub utara berbanding dengan geografi kedudukan antara kedua-duanya kutub selatannya.
carbon dioxidekarbon dioksidaKimiaTiadaGas, formula CO2, tidak berwarna, tidak berbau, memejalwap pada suhu –78oC pada tekanan atmosfera dan larut campur sedikit di dalam air lalu menghasilkan asid karbonik. Karbon dioksida terdapat sebanyak 1.03% di dalam atmosfera. Sebatian ini disediakan secara pembakaran bahan berkabon seperti arang batu, gas asli, dan hidrokarbon. Gas ini juga disediakan secara tindak balas asid mineral terhadap karbonat. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dan sebagai bahan penyejuk beku.
fresh waterair tawarKejuruteraanPetroleumAir yang sedikit sekali atau tiada langsung mengandungi garam terlarut di dalamnya. Air jenis ini selalu digunakan dalam industri petroleum, umpamanya sebagai cecair dasar bagi lumpur air tawar, untuk membuat sistem simen dan sebagainya. Umumnya, air jenis ini mempunyai garam terlarut kurang daripada 2,000 bahagian setiap juta. Kadang kala air jenis ini digunakan juga untuk menerangkan air laut normal, iaitu air laut yang mengandungi garam terlarut sebanyak 35,000 bahagian setiap juta. Biasanya air tawar mempunyai kecerunan tekanan hidrostatik sebesar 0.433 paun per inci persegi setiap kaki.
MARDI digit grassrumput MARDI digitVeterinarTiadaRumput yang berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Rumpunnya sederhana tebal, dengan batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30-50 cm. Bahan kering yang dihasilkan ialah 16-23 tan/hektar setahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan dan mengandungi protein kasar sebanyak 8.5-10.5%. Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang subur. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah gambut. Nama saintifik: Digitaria setivalva.
12

Kembali ke atas