Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.du.han] | سدوهن

Definisi : (air dll) yg telah diseduh: air ~ daun-daunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seduhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal infusionseduhan herbaHerbaTiadaCecair yang dihasilkan melalui proses penyeduhan bahan herba. Biasanya cecair ini diperoleh daripada rendaman bahan herba dengan air sejuk atau mendidih pada masa yang singkat (5 minit). Bahan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum ketika masih suam. Contohnya, seduhan teh misai kucing.
infusionseduhanHerbaFitoterapiCecair yang dihasilkan daripada herba yang direndam di dalam air.
heart infusionseduhan jantungVeterinarTiadaTiada
infusioninfusi; seduhanPerubatanTiada1. Kaedah pemberian terus ubat atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan.,2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan di dalam air.,3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba.
infusioninfusi; seduhanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
liver infusionseduhan hatiBiologiMikrobiologiCecair yang mengandungi nutrien terlarut daripada pemprosesan hati dan digunakan untuk memperkaya medium pertumbuhan bakteria, terutama organisma Brucella tertentu.
herbal teateh herbaHerbaTiadaSeduhan herba yang dibuat daripada herba selain daun teh (Camellia sinensis). Contohnya, teh herba misai kucing, teh halia dan teh serai.
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.
Orthosiphon stamineusMisai kucingPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
Plectranthus amboinensisBangun-bangunPertanianTiadaPokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya lembut dan berair atau sukulen yang boleh juga tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus dan berbentuk ovat. Tepi daun bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala.
12

Kembali ke atas