Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.du.nia] | سدنيا

Definisi : yg mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia: pameran da­gangan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.du.nia] | سدنيا

Definisi : seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedunia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 ATAU MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR & HABITAT SEDUNIA 2017 atau MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA & HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Cara penulisan dan atur letak yang betul untuk majlis ini adalah seperti yang berikut:


MAJLIS PERASMIAN
HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017
DAN
HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Lain-lain31.10.2017
Mohon terjemahan dalam Bahasa Malaysia bagi World Refrigeration Day Hari Penyejukan Sedunia atau Hari Pendinginan Sedunia?

Maksud Refrigeration menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah penyejukan yang bermaksud perbuatan atau hal penyejukan. Cadangan daripada pihak kami, terjemahan yang sesuai bagi World Refrigeration Day ialah Hari Penyejukan Dunia.

Makna09.03.2020
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'World Confederation of Businesses' sama ada, 'Gabungan Perniagaan Sedunia' atau 'Gabungan Dunia Perniagaan' atau terjemahan lain yang lebih tepat. Juga, tepatkah 'World Business Leader Award' diterjemahkan sebagai 'Anugerah Pemimpin Perniagaan Sedunia/Dunia' dan 'World Leader Businessperson Award' sebagai 'Anugerah Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia/Dunia'. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.1. Terjemahan yang tepat untuk "World Confederation of Businesses"  ialah Gabungan Perniagaan Sedunia.

2. "World Business Leader Award" diterjemahkan sebagai Anugerah Tokoh Perniagaan Sedunia.

3. "World Leader Businessperson Award" diterjemah  sebagai Anugerah Tokoh Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia.
Penyemakan dan penterjemahan14.03.2018
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIHSambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.Makna03.12.2008
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah.DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara.  Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain14.04.2009
Memohon terjemahan tema hari meteorologi sedunia jabatan meteorologi malaysiakami telah menyemak cadangan terjemahan yang dikemukakan. pada pandangan kami pandanan yang diberikan betul dengan sedikit pembetulan, iaitu Climate Knowledge for Climate Action - Pengetahuan iklim Menanagni Impak dan Keragaman IklimTatabahasa03.12.2014
World Youth FoundationYayasan Belia SeduniaLain-lain11.11.2008
selamat sejahtera, saya ingin tahu 1) maksud perkataan MENGGANDINGI.. ianya sempena Hari Kastam Sedunia,, saya nampak perkataan ini digunakan.. 2) adakah penggunaan perkataan ini betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), tidak merakamkan kata "menggandingi" dan maknanya.

Kata yang terakam ialah kata ganding1, berganding, bergandingan, mengganding, menggandingkan, mempergandingkan, gandingan, pengganding, dan seganding.
Turut dirakamkan kata ganding2 (tumbuhan) dan ganding3 (berlabel Minangkabau).

Untuk maklumat berkenaan makna dan contoh penggunaan kata tersebut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP (halaman 622-623).
Makna24.01.2024
World Health Day 2007: .... in health, build a safer futurehari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamatMakna07.05.2007
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih.Tema  tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. Tatabahasa03.12.2008
123

Kembali ke atas