Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.du.nia] | سدنيا

Definisi : yg mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia: pameran da­gangan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.du.nia] | سدنيا

Definisi : seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedunia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
world federalismkepersekutuan sedunia/federalisme seduniaSejarahTiadaTiada
Universal Postal ConventionKonvensyen Pos SeduniaPentadbiran PerniagaanTiadaDokumen yang menjadi sebahagian akta dalam Kongres Pos Sedunia.
World Health Organization (WHO)Pertubuhan Kesihatan SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan sebagai satu agensi pengkhususan kesihatan PBB pada tahun 1948. Pertubuhan ini beribu pejabat di Geneva, namun operasinya dijalankan melalui beberapa jawatankuasa serantau dan di pejabat serantaunya. Banyak usaha telah dijalankan oleh pertubuhan ini untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaik kesihatan sedunia. Contohnya, kempen membasmi penyakit seperti malaria, batuk kering, cacar air, AI DS dan SAR S. Pertubuhan ini bergiat dalam program kajian bagi penyakit berkaitan jantung, barah, kebergantungan terhadap dadah dan kesihatan mental. Pertubuhan ini terlibat dalam program imunisasi kanak-kanak bagi penyakit seperti campak, batuk kering, tetanus dan polio. Selain itu, organisasi ini juga merupakan pusat maklumat dan penerbitan berkaitan kesihatan seperti statistik dan laporan kesihatan yang kemas kini, kajian, monograf, manual dan jurnal kesihatan. Sinonim WHO.
World Meteorological Organization (WMO))Pertubuhan Meteorologi SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan dalam PBB yang ditubuhkan pada tahun 1951 dan beribu pejabat di Geneva. Pertubuhan ini menggantikan Pertubuhan Meteorologi Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1878. Tujuan penubuhan WMO adalah untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa antara stesen meteorologi di seluruh dunia, mengadakan piawaian dalam pemerhatian meteorologi, menggalakkan penyelidikan dan latihan serta memperluas penggunaan dapatan meteorologi kepada bidang lain. Pertubuhan ini beroperasi melalui Kongres Meteorologi Sedunia yang mempunyai perwakilan daripada 185 negara di seluruh dunia. Sinonim WMO.
Climatic regionKawasan seiklimPertanianAgronomi

Kawasan sedunia yang mempunyai ciri-ciri iklim yang serupa (suhu, taburan hujan dan cahaya matahari) serta boleh disesuaikan dengan jenis tanaman dan ternakan yang sama.  Contohnya, Malaysia dan wilayah Amazon di Brazil ialah kawasan seiklim dan membolehkan tanaman getah yang berasal daripada hutan Amazon ditanam di Malaysia. Klasifikasi kawasan seiklim sedunia telah diperkenalkan oleh Koppen pada tahun 1900 di Rusia. Koppen mengklasifikasi lima jenis iklim, iaitu tropika lembap, kawasan kering, iklim lembap latitud tengah, kontinental dan iklim dingin.

global militarizationpenenteraan seduniaSains PolitikTiadaTiada
World SolecismSolesisme SeduniaSejarahTiadaTiada
World Meteorological OrganizationPertubuhan Meteorologi SeduniaGeografiTiadaTiada
Universal Postal UnionKesatuan Pos SeduniaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
satellite worldwide networkrangkaian satelit seduniaKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas