Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.du.tan] | سدوتن

Definisi : 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.du.tan] | سدوتن

Definisi : hal atau hasil drpd menyedut: ~nya kuat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
net positive suction headhulu sedutan positif bersih; turus sedutan positif bersihKejuruteraanTiadaTiada
suctionsedutanHidrogeologiTiadaTekanan yang mesti dikenakan pada air melalui dinding atau selaput telap untuk mencapai imbangan hidraulik dengan air tanih. Biasanya dinyatakan dalam cm air atau mm raksa. (Dimensi: ML-1T-2) Ruj.: Intern. Soc. Soil Sci. 1962 Sin.: tegangan, kekurangan tekanana, sedutan rerambut, tegangan tanih-lengas, sedutan lengas, tegangan lengas, sedutan matriks
foot valveinjap kakiKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang membenarkan aliran satu hala sahaja. Alat ini dipasang pada permulaan paip atau talian sedutan pam yang beroperasi dengan tekanan sedutan negatif. Aliran balik boleh dielakkan dan talian sedutan tidak akan kosong apabila pam tidak beroperasi. Alat ini biasanya dilengkapi saring sedutan untuk memerangkap kotoran dan digunakan pada pam air dan pam minyak.
suction pitkolam sedutanKejuruteraanPetroleumlihat kolam sedutan.
suction strainersaring sedutanKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenapis yang dipasang pada talian sedutan pam untuk memerangkap kotoran. Alat ini biasanya diperbuat daripada logam dan mempunyai unsur penapis yang tidak terlalu halus. Alat ini digunakan pada semua sistem yang menggunakan pam seperti sistem bekalan air dan sistem hidraulik.
suction pressuretekanan sedutanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTekanan dalam talian sedutan sistem penyaman udara.
inhalational anaestheticubat anestetik sedutanPerubatanTiadaAgen anestetik yang diberikan secara sedutan seperti Halothane dan Nitrous Oxide. Agen ini biasanya diberikan berserta oksigen melalui mesin yang khusus. Jenis agen dan dos bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis pembedahan.
inhalation aerosolaerosol sedutanFarmasiFarmaseutikZarah pepejal atau cecair (biasanya lebih kecil daripada 50 µm) yang tersebar dalam udara dan memasuki badan melalui sedutan.
inhalation techniqueteknik penyedutanPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat secara sedutan yang membolehkan ubat terus masuk ke dalam paru-paru. Kaedah ini biasanya digunakan untuk tujuan pembiusan dengan menggunakan ubat anestesia sedutan atau pemberian ubat untuk penyakit paru-paru seperti asma dan sistik fibrosis.
implosionsedutanLinguistikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas