Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.é.lo/] | سأيلوق

Definisi : sama elok dgn, sebaik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.é.lo/] | سأيلوق

Definisi : sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seelok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Please advise the BM translation for 'Come with attractive metallic colours'. Thank you.Untuk makluman tuan, seelok-eloknya frasa ini diterjemahkan dahulu dan kami akan membuat semakan terjemahan tersebut. Namun untuk tidak menghampakan harapan tuan, kami cadangkan frasa ini diterjemahkan kepada "dalam warna metalik yang menarik". Jika tuan mendapati terjemahan ini kurang tepat untuk menggambar konteks sebenar keseluruhan ayat, sila gantikan dengan terjemahan lain yang lebih tepat.Penyemakan dan penterjemahan04.04.2014
Salam, saya ingin bertanya, bolehkah jika perkataan Terengganu (di dalam alamat syarikat) dipendekkan ke 'trg' sahaja di papan tanda syarikat?Pada alamat syarikat seelok-eloknya ditulis penuh Terengganu dan dalam teks umum dan ringkas ejaan tersebut boleh dipendekkan menjadi Trg.Ejaan29.08.2012
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini..Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara.  Lain-lain22.02.2009
Jawi itu bahasa atau tulisan?Jawi ialah tulisan, dalam huraian bahasa Inggeris ditafsirkan sebagai writing system. Namun begitu, bahasa Jawi juga digunakan dalam wacana dan ia merujuk bahasa Melayu. Oleh itu, dalam pembicaraan hal ini seelok-eloknya digunakan tulisan Jawi agar tidak terkeliru dengan maksud lain bagi perkataan Jawi.Lain-lain29.10.2020
Saya nama Mahmud Awea ingin bertanya apakah maksud morfologi serta contoh satu persatu terima kasihMorfologi ialah kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata. Apabila dibincangkan tentang kajian, isunya sangat luas dan ruang yang terhad ini tidak membincangkan tentang kajian, Seelok-eloknya rujuk buku yang berkaitan dan bertanya terus kepada guru.Makna30.09.2015
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang, maka apakah kata ganti sesuai untuk binatang? Contohnya, jika terdapat ayat bahasa Inggeris, "The elephant lives in the jungle. It has long trunk." Adakah "it" perlu diterjemah sebagai "gajah" sekali lagi jika "ia" tidak boleh digunakan untuknya?Seelok-eloknya nama binatang itu diulang pada setiap ayat yang merujuk binatang tersebut, seperti dalam contoh yang diberikan: Gajah tinggal di dalam hutan. Gajah mempunyai belalai yang panjang.Tatabahasa30.03.2011
1. Manakah yang betul; Tn. Hj. Muhammad atau Tuan Haji Muhammad? 2. Dalam penulisan biasa, sapaa akan dibubuh seperti berikut; Y.B. Dato' Ahmad; Y.Bhg. Datuk Abu; En. Abdul; Tn. Hj. hasim; Bagaimana kepada yang mereka yang bergelar Doktor (PhD)? tk.

1. Kedua-duanya betul namun seelok-eloknya dieja penuh Tuan Haji Muhammad.

2. Penggunaan/ejaan yang betul ialah YB Dato' Ahmad, YBhg. Datuk Abu, Encik Abdul, Tuan Haji Hasim dan Tuan Dr. Halim.

Tatabahasa29.06.2011
salam...saya ingin bertanya...sekiranya soalan menuju kepada ciri-ciri...adakah jawapannya dalam kata adjektif sahaja? sekian, terima kasih.Ciri-ciri merujuk sifat yang hampir sama atau keadaan khusus yang membezakan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain. Oleh itu, ciri-ciri tidak semstinya adjektif bergantung pada kehendak soalan yang diutarakan. Untuk soalan peperiksaan seelok-eloknya tuan merujuk guru yang berkaitan.Tatabahasa11.08.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini. Sejak hari-hari ini,kewujudan pusat tuisyen semakin banyak bagai cendawan selepas hujan.Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.Hal ini menyebabkan banyak pelajar mengambil kesempatan dan terlibat dalam gejala sosial.Sebenarnya,apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen?Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Pusat tuisyen menyediakan kemudahan yang lengkap seperti alat pendingin hawa.Selain itu,pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dalam keadaan senyap.Hal ini juga menyebabkan cikgu dapat mengajar pelajar secara peribadi.Kelebihan yang terdapat pada kelas tuisyen menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.

Tatabahasa29.09.2015
12

Kembali ke atas