Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1 tidak ada kecualinya; semua sekali; sekalian: ~ kehendaknya diturut oleh kedua-dua ibu bapanya. 2 tidak ada yg tertinggal; seluruh; segenap: ~ alam; ~ tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(64)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah DBP terangkan saya perbezaan penggunaan perkataan "segala-gala" dan "segala"? Terima Kasih.Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Contohnya: Segala negeri yang bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan. Segala-gala bermaksud seluruhnya sekali, sekaliannya (tiada kecuali). Contohnya: Mereka itu menguasai segala-galanya.  Tatabahasa29.06.2011
yang manakah yang betul, mempersetujui segala-galanya / menyetujui segala-galanya / mempersetujui segalanya / menyetujui segalanya?Yang betul ialah mempersetujui segala-galanya dan menyetujui segala-galanya.Tatabahasa12.04.2007
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasihAyat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan.

Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata.
Tatabahasa23.07.2013
Soalan bagi persuratan : Adalah dengan segala hormatnya (atau) Dengan segala hormatnya Mohon pandangan. Terima kasihBinaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara".  Oleh sebab itu, ayat yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...".  Adalah ialah kata pemeri yang hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan tidak pada permulaan ayat.Tatabahasa29.01.2014
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa?Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja.Istilah12.03.2018
Segala jasa beliau disanjung tinggi oleh masyarakat. Erti bagi perkataan sanjung ialah A. Puji. .B. HormatKamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan sanjung sebagai menyanjung, iaitu  memberi peng­­­hargaan terhadap sesuatu yang baik dll; memuji: Mereka menyanjung kebaikan budi orang-orang yang telah membantu mereka ketika banjir dahulu.Makna19.05.2015
"Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberi pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih." Soalan :Ayat ini perlu ditambahkan satu perkataan 'oleh' di depan 'pihak tuan' kah? Didahului dengan ucapan terima kasih atas penjelasan soalan tersebut.

Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa24.05.2010
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Tuan, Yang mana betul? Segalanya di sini atau segala-galanya di sini? Terima Kasih

Kedua-duanya betul. dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, segalanya bererti semua sekali atau segala-galanya. Makna segala-galanya ialah seluruhnya sekali atau sekalian.

Ejaan22.09.2011
Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap?

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa04.03.2014
12345678910...

Kembali ke atas