Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1 tidak ada kecualinya; semua sekali; sekalian: ~ kehendaknya diturut oleh kedua-dua ibu bapanya. 2 tidak ada yg tertinggal; seluruh; segenap: ~ alam; ~ tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(64)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada padi, segala menjadi.Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beremas kemas, berpadi menjadi.Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi segala menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi, segala menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan dipagar bintang.Cocok segala-galanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertunggul ditarah, kesat diempelas.Segala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan berpohon, panas berasal.Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih.Segala perselisihan hendaklah didamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit runtuh, bumi cair.Segala harapan sudah musnah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas