Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasihAyat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan.

Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata.
Tatabahasa23.07.2013
Mohon penerangan perbezaan kata bilangan segala dan setiap. Ayat yang manakah lebih sesuai. 1.Segala masalah boleh diutarakan sekarang. 2.Setiap masalah boleh diutarakan sekarang. Terima kasih.Segala bermaksud semua dan setiap bermaksud satu-satu daripada banyak. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.05.2014
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Soalannya; Yang mana satu Ayat yan betul atau yang lebih baik?(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Kedua-dua ayat ini kurang tepat, ayat yang tepat ialah 'Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas'.Tatabahasa30.01.2011
Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati  pusaka
 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal.
 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun
Tatabahasa03.07.2018
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan'Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran.Lain-lain09.12.2016
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.Ayat yang lebih baik ialah:  1.  Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
                                         2.  Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada di atas.
Lain-lain21.09.2017
Dewan Bahasa dan Pustaka, ayat di bawah yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? 1. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya. 2. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. Kata sendi nama "dengan" atau "kepada" lebih tepat digunakan?Ayat yang betul ialah "Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya".Tatabahasa17.08.2014
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab.

Lain-lain10.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas