Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai matahari dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara

planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma

yang secara berkumpulan membentuk perantaraan

antara planet.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas