penyegan | orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celih | malas-malas, segan-segan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segan I | 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengsa I | (réngsa) 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolok hantu | sj tumbuhan (pokok), malas (segan) berdahan, telur obok, Arthrophyllum ovalifolium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wegah | Jw rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolok II | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah gegerip, Willughbeia coriacea; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), malas (segan) berdahan, telur obok, Arthrophyllum ovalifolium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malas | tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
burung kubur | sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubur II | ; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |