Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya. 2) Panjang segi empat sama itu adalah dua kali lebarnya. Boleh jelaskan perbezaaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya.” Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.
| Tatabahasa | 17.02.2022 |
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empat | Frasa yang betul ialah tudung segi empat. | Tatabahasa | 23.01.2014 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih. | Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok) | Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot. | Tatabahasa | 09.06.2012 |
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadam | Penjodoh bilangannya ialah sebiji. | Tatabahasa | 08.05.2008 |
apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan? | Encik Logeswari, Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan. | Istilah | 25.06.2010 |
Apakh istilah atau nama yang diberikan kepada binaan di atas kubur? Perkataan yang sering didengari ialah, kepuk@kepok@kebok | Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah "kepuk" yang bermaksud binaan berbentuk segi empat daripada kayu, konkrit atau marmar dan sebagainya, yang dibina di sekeliling kubur. | Ejaan | 18.03.2023 |
Salam sejahtera, adakah wujud istilah 'medium rectangle' di dalam bahasa Melayu? Medium rectangle merujuk kepada ruangan iklan bersaiz 300 x 250 piksel yang diletakkan di dalam laman sesawang. Terima kasih. | Cadangan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "medium rectangle" ialah ruang iklan segi empat tepat. | Makna | 23.10.2021 |