histogram | histogram | Matematik | Tiada | Cara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam tiap-tiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Apabila lebar segi empat yang sama dipilih, tinggi segi empat tepat adalah berkadaran dengan kekerapannya. Berbanding dengan carta palang, tapak setiap segi empat tepat dalam histogram ditetapkan dengan sempadan kelas berkenaan. Bandingkan carta palang. RUJUK RAJAH M.S. 36 |
inverse matrix | matriks songsang | Matematik | Tiada | Matriks segi empat yang, apabila didarab dengan suatu matriks segi empat sama, menghasilkan matriks identiti. Diberi matriks segi empat sama A dan B dengan AB + BA = I (matriks identiti). A dikenali sebagai matriks songsang kepada B dan A ditulis sebagai B-1. |
port-hole slab | kepingan pintu bulat | Sejarah | Tiada | Batu rata dan tebal biasanya segi empat sama atau segi empat bujur, berlubang di tengah-tengahnya membentuk laluan masuk keluar ke bilik, kadang kala lubang ini membentuk segi empat sama. |
rectangular planting | penanaman segi empat tepat | Pertanian | Agronomi | Penanaman tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan yang menggunakan ukuran atau dimensi segi empat secara tepat. Penanaman jenis ini sesuai untuk keadaan tanah yang rata. Contohnya, untuk tanaman getah, jarak tanaman segi empat tepat ialah 3 meter x 3 meter persegi. |
necessary condition | syarat perlu | Matematik | Tiada | Akibat dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “q” dikatakan syarat perlu bagi “p”. Contoh: “Jika segi empat ABCD ialah segi empat sama, maka setiap sudutnya ialah sudut tegak.” “Setiap sudutnya ialah sudut tegak” merupakan syarat perlu bagi “segi empat ABCD ialah segi empat sama”. |
square | segi empat sama | Matematik | Tiada | Segi empat yang semua sisinya sama panjang dan semua sudutnya sudut tegak. |
square file | kikir segi empat | Kesenian | Tiada | Kikir yang matanya berbentuk segi empat. |
Punnett square | segi empat Punnett | Sains Forensik | Tiada | Kaedah yang menggunakan carta segi empat bagi mempamerkan genotip anak-anak berdasarkan genotip ibu bapa. Kaedah ini boleh digunakan untuk menjelaskan kekerapan dan gabungan genotip anak-anak khususnya dalam ujian paterniti forensik. |
rectangular notch | takuk segi empat | Kejuruteraan | Tiada | Plat takut yang mempunyai takuk segi empat terpotong padanya.,Digunakan untuk mengukur luahan yang besar pada empang dasar. |
penning gate | pintu air segi empat | Kejuruteraan | Tiada | Pintu air sluis segi empat yang terbuka dengan terangkat ke atas. |