Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.bis] | سهابيس

Definisi : 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.bis] | سهابيس

Definisi : 1 sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2 paling; terlalu sekali; habis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehabis

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan peribahasa di bawah? 1. Setiap atlit yang mengambil bahagian telah berlari"menjangkau sehabis tangan" untuk memperoleh kemenangan. Betulkah penggunaan ayat di bawah? 1. Temasya sukan ini merupakan antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai slogan "1 murid 1 sukan" yang telah diuar-uarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia.Mohon beri penjelasan.Selamat pagi:

1. Menjangkau sehabis tangan menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. Oleh itu, ayat tersebut boleh digunakan
2. Ayat kedua betul tetapi perlu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.10.2016
Penyanyi baharu itu berusaha untuk menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan ____ baik. A) betul B) paling C)sebegitu D) sehabis. soalan saya bagaimanakah cara hendak memilih jawapan bagi soalan sebegini?c) Sebegitu baikTatabahasa04.07.2008
apakah perkataan yang paling sesuai untuk ayat ini? setelah atau selepas? contoh ayat : Setelah / selepas mendapatkan kebenaran daripada pihak keselamatan sekolah, barulah ibu bapa dibenarkan memasuki kawasan sekolah
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, setelah mempunyai makna sesudah; selepas; sehabis. Oleh sebab itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.
Tatabahasa14.04.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berikut merupakan dua pertanyaan untuk tugasan latihan penyuntingan saya: 1. Bagaimana untuk menyemak ejaan sebenar istilah-istilah / perkataan yang biasa digunakan dalam media sosial contohnya 'pishang', 'meleis', 'astaga' dsb. 2. Adakah dalam penyuntingan, perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan semula ke dalam bahasa Melayu atau hanya terdapat sebilangan kecil sahaja mengikut kesesuaian penggunaannya dalam teks? Contohnya, "At least, kau dah usaha sehabis baik." Dalam dunia penerbitan, penting juga untuk kita mengambil kira perkataan atau ayat yang perlu dikekalkan keasliannya dan tak sepenuhnya ditukar ke dalam bahasa Melayu standard bukan? Mohon pencerahan. Terima kasih. Nur Amanina binti Suhaimi Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah AlamPuan, laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. 

Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang bercampur aduk ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.

Lain-lain03.10.2017
Berkenaan dengan perkataan "Setelah" dalam kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp perkataan "setelah ialah kata bantu , tetapi dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga perkataan "setelah " ialah kata hubung.yang mana satu lebih tepat?

Kata hubung setelah dalam buku Tatabahasa Dewan adalah lebih tepat digunakan kerana membawa maksud sesudah, sehabis dan selepas. Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ialah  Kakak menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya.

Tatabahasa21.07.2017
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih.

Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.

Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu.

Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang.

Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak.

Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam.

Tatabahasa18.04.2014

Kembali ke atas