Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.luan] | سهلوان

Definisi : searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.luan] | سهلوان

Definisi : satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan sehaluan, sebagai, dan palsu tergolong dalam golongan kata apa?Sehaluan dan palsu ialah kata adjektif, manakala, sebagai ialah kata tugas.Lain-lain06.03.2013
Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan "ngam" digunakan dalam media pengiklanan memandangkan perkataan itu sudah menjadi kebiasaan orang ramai? Contohnya, "Tawaran ini sangat hebat. Memang ngam!"

Perkataan “ngam” menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 1531) bermaksud sesuai atau kena benar, atau sangat baik dan sehaluan dalam segala perkara yang dilakukan.

Perkataan “ngam” merupakan bahasa basahan atau percakapan (kolokial) dan tidak dibolehkan penggunaannya dalam konteks rasmi. Iklan merupakan ranah rasmi dengan penggunaan bahasa yang baku dan gramatis.

Penggunaan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan “ngam” ditunjukkan dalam contoh ayat yang berikut:

1. Baju ini sesuai dengan badan awak.

2. Hubungan kami bertiga sangat akrab/baik sejak kecil.

Tatabahasa04.07.2023

Kembali ke atas