Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.ri] | سهاري

Definisi : satu hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.ri] | سهاري

Definisi : satu hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehari

Puisi
 

Kain sehari tudung sehari,
     Mari disangkut atas daun;
Kalau tak pandang sehari,
     Rasa diri bagai setahun.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“sekali dalam sehari” atau “sekali sehari” atau “sehari sekali”, yang manakah merupakan ayat yang betul?Ketiga-tiga frasa yang diberikan betul.Lain-lain14.04.2023
askm..soalan mana satuyang betul 1.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari 2.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hariPenggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari.  Jika saudara hendak menggunakan perkataan "hari", frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan "sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari". Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata.Tatabahasa16.04.2010
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya se­hingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dan lain-lain).

Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul.
Tatabahasa30.05.2013
Ubat hendaklah diambil 3 kali sehari atau dimakan 3 kali sehari.Arahan yang betul ialah 'Dimakan tiga kali sehari'.Tatabahasa20.12.2007
Penggunaan perkataan sehari- hari dialek johor- riau- lingga boleh diguna pakai dalam karangan, puisi moden dan sebagainya dalam bahasa melayu? Sebagai contoh, perkataan cakna, sangap dan bareng. Terima kasih.Tidak semua dialek setempat boleh diterima dalam konteks rasmi kerana dialek tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya.Tatabahasa05.10.2014
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang gramatis:

1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam.

2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam 30 minit di dewan kampung kami.

3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis.

4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan.

5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.  

6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam 30 minit..

7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir

8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang.

10. ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Tatabahasa13.05.2020
Sila nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah. Sekiranya ayat-ayat di bawah salah, sila betulkan kesalahan ayat. 1. Berapa kalikah kamu minum susu dalam sehari? 2. Berapa orangkah yang bertugas pada setiap malam? 3. Berapa ketulkah kita boleh makan ayam goreng dalam sehari? Terima kasih. :)

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Berapakah kali kamu minum susu dalam sehari?
  2. Berapakah orang yang bertugas pada setiap malam?
  3. Berapakah ketul kita boleh makan ayam goreng dalam sehari?
Tatabahasa16.02.2014
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
Tatabahasa18.07.2013
Ayat yang mana betul? 1. Saya akan membincang mengenai/tentang kursus itu kelak. 2. Saya akan membincang kursus itu dalam sehari dua.Ayat yang betul ialah: . Saya akan membincangkan tentang kursus itu kelak./sehari dua lagi.Tatabahasa25.01.2022
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
12345678

Kembali ke atas