Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.ri.ha.ri] | سهاري - هاري

Definisi : tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.ri.ha.ri] | سهاري - هاري

Definisi : tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan sehari- hari dialek johor- riau- lingga boleh diguna pakai dalam karangan, puisi moden dan sebagainya dalam bahasa melayu? Sebagai contoh, perkataan cakna, sangap dan bareng. Terima kasih.Tidak semua dialek setempat boleh diterima dalam konteks rasmi kerana dialek tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya.Tatabahasa05.10.2014
Saya ingin bercakap mengenai penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat sehari-hari menggantikan perkaatan Bahasa Melayu yang agak/terlalu panjang terutamanya golongan remaja dan penduduk pusat bandar. Contohnya, 'call' ganti menelefon atau membuat panggilan, 'airport' kerana 'lapangan terbang' terlalu panjang, 'tie' ganti 'tali leher', 'shopping' untuk membeli-belah, 'game' untuk permainan (ini biasa), 'laptop' untuk komputer riba' dan banyak lagi. Sepatutnya diwujudkan perkataan yang lebih pendek dan mudah seperti mengambil perkataan yang sudah digunakan atau daripada bahasa lain. Saya mencadangkan contohnya 'keloi' daripada dialek Kedah untuk 'call', dan 'dasi/taler' untuk 'necktie' daripada B.Id atau yang arkaik. Terima kasihUntuk makluman tuan/puan, perkataan yang dicadangkan memang terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, pihak kami tidak ada kuasa untuk memaksa pengguna  supaya menggunakan perkataan tersebut, kecuali jika terdapat bahan/dokumen yang dihantar ke DBP untuk tujuan semakan kami.Istilah22.04.2018
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat?

1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya.

2. Istilah luar negara lebih tepat.

Lain-lain20.07.2010
Adakah perkataan kaus ada dalam penggunaan bahasa melayu? Kaus itu merujuk kepada penggunaan bahasa sehari- hari atau rasmi?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kaus merupakan perkataan sastera lama bagi perkataan kasut, sepatu: ini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yang pendek lengannya.Tatabahasa05.10.2014
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera?Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih.Lain-lain05.02.2009
Salam, saya ingin bertanya tentang rangkai kata 'air tangan'?Adakah 'air tangan' itu merupakan rangkai kata biasa atau simpulan bahasa? Apakah kategorinya? Jika dalam perbualan sehari-hari, kita menyelitkan 'saya rindu akan masakan air tangan ibu'. Jadi, adakah perkataan yang digunakan itu salah? Dan apakah maksudnya? Terima kasih.Air tangan termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan.

Makna05.09.2013
Boleh terangkan semua maksud yang berkaitan dengan kata majmuk menara gadingMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud a) keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).Tatabahasa20.02.2015
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan terdahulu. Saya rujuk:'menyarankan' adalah kata kerja yang bermaksud mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Bagaimana dengan 'sarankan'? Penggunaannya dalam laman web atau bahasa sehari-hari dilihat sbg kata kerja. Adakah 'sarankan' kependekkan tidak formal untuk kata kerja 'menyarankan' (lebih formal)? Adakah 'sarankan' sebenarnya 'menyarankan' dan hanya sesuai digunakan dalam bahasa perbualan dan situasi2 tidak formal? Maklumat untuk 'sarankan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Sdr. Jeanet,

Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan kerana saya terpaksa merujuk beberapa buah kamus sebelum saya menjawab soalan ini. Memang tidak terdapat perkataan sarankan dalam kamus dan saya bersetuju sarankan ada ketikanya digunakan bagi maksud menyarankan.

Tatabahasa26.04.2010
Apakah perbezaan sahabat dan kawan?Maksud "sahabat" ialah "orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya." manakala "kawan" ialah "kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain), sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan. Maka sahabat dan kawan ialah sinonim.

Makna02.01.2023
12345

Kembali ke atas