Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.ri.ha.rian] | سهاري - هارين

Definisi : seharian: dia merasa ter­sangat letih selepas bekerja ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.ri.ha.rian] | سهاري - هارين

Definisi : sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon Tuan terangkan perbezaan maksud 'harian' dan 'seharian' serta contoh penggunaannya. Kehidupan harian atau kehidupan seharian yang lebih tepat? Aktiviti harian atau aktiviti seharian yang lebih tepat? Sekian, terima kasih.

Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Makna15.02.2017
Apakah perbezaan antara kehidupan harian dengan kehidupan seharian? Terima kasih.Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Tatabahasa09.10.2018
Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut
Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan.

1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204
2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut.
Lain-lain10.03.2022
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Seperti yang sedia maklum, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun mengapa kebanyakan IPTA di negara kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar selepas mendapat pengiktirafan ISO? Walaupun pihak Kementerian Pelajaran ingin melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris adakah perkara ini wajar dilakukan oleh pihak IPTA?Sekian terima kasih.Kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sesungguhnya IPTA tidak sewajarnya menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960
Lain-lain26.08.2008

Kembali ke atas